Monday, May 26, 2014

Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat dan berjaya!

Happy mami and dedi to be! me gemok at 22 week pregnancy

Salam

Bulan Mac 2013 enam bulan selepas pembedahan, doctor Noraini benarkan ieda untuk mengandung secara normal. Katanya jika setahun masih tidak hamil boleh ke KPJ semula untuk chekup. Bermula my TTC journey, hampir 5 bulan kami suami isteri berusaha secara natural tapi tak berjaya. Seperti mereka yang dalam mood TTC hati sangat mudah tersentuh jika ada yang bertanyakan tentang anak. Cuma mampu mengadu dengan hubby dan arwah mama, rasa tenang bila dengar pujukan dari insan tersayang.

Bulan seterusnya me and hubby tekad untuk lebih berusaha. We planning step by step dimulakan dengan hanya mengamalkan makanan sunnah lebih kurang dua bulan.

Pertama :
Setiap hari amalkan minum susu kambing blend dengan kurma, buat segelas saja share minum dengan husband. Paling penting susu tersebut harus fresh dari ladang, yang berbau hanyir. Manis kurma akan kurangkan sikit rasa hapak tu. Info yang ieda dapat adalah untuk kesuburan dan menaikkan nafsu suami isteri untuk bersama. Amalkan selepas datang bulan terutama dalam waktu subur.

Di JB ieda beli susu kambing fresh di sini OSMAN GOAT FARM

Kedua :
Say no pada semua air bergas, bercaffeine dan fastfood! Antaranya McD, KFC, Pizza Hut dan sekutunya. Paling mencabar McD lah sebab favourite dari dulu!

Ketiga :
Minum madu sehari satu sudu. Me and hubby amalkan madu tualang asli, original from orang asli Cameron Highland. Boleh juga buat resepi air yang sedap nie madu + lemon sejuk, memang yummy dan berkhasiat!

Keempat :
Jangan stress, ini paling penting! Make life fun as husband and wife, enjoy travel and jalan-jalan cari makan. Ieda selesa sharing my TTC journey with all my bff dan yang rakan yang senasib, mereka sangat memahami. Tapi macam biasa ada saja golongan yang terlalu extreme prihatin dengan life kita, rezeki dari Allah siapa mereka untuk mempersoalkannya.

Kelima :
Minta parent termasuk in law selalu doakan kita cepat dapat zuriat. Doa mereka terlalu indah dan diperlukan. My arwah papa dah tiada jadi bila solat dan sebelum tidur selalu ingatkan arwah doakan anak kesayangannya nie dapat zuriat. Minta juga mommy yang pregnant doakan kita.

Keenam :
Don't give up! Berdoa setiap hari Allah mendengar dan sayang orang yang sabar.

Setelah hampir setahun enam bulan berkahwin Allah mendengar doaku, syukur im pregnant. Now 22 week happy healthy baby in my tummy! Muga anda yang menunggu rezeki mendapat berita gembira juga.

Ieda sharing juga step seterusnya for my TTC journey yang belum sempat ieda amalkan. Antaranya adalah untuk mencuba set kesuburan Shaklee dan Kasih Gold Adinda (Rina Hamid review). Mencuba buah zuriat dari Mekah dan mengurut cara kampung. Akhir sekali mungkin berjumpa doctor Noraini semula untuk rawatan kesuburan. Semua ini cuma perancangan untuk January 2014 kononya, bulan January juga ieda mengandung.

P/S : Pada sesiapa yang inginkan buat zuriat dari mekah boleh email me ieda_aurora@yahoo.com niat ingin sedekah saja, korang cuma perlu buat payment untuk delivery. Update, buah zuriat & daun zuriat sudah sold out selamat dibahagikan pada my blog reader, pada yang masih bertanya maaf ya!