Monday, April 21, 2014

Al-Fatihah buat bonda

Assalammualaikum...

Awal Februari bonda tercinta telah pergi buat selamanya. Sehingga kini ieda masih kemurungan kerana terlalu rindukan mama. My mum disahkan mengidap penyakit lung cancer tahap empat pada bulan Jun tahun lepas. We fight cancer together sehingga hujung nyawa mama. Terlalu berat untuk diceritakan, yang pasti bukan mudah melihat orang yang paling disayangi menjalani setiap proses rawatan yang agak sukar.

Tanpa ragu ieda mengambil keputusan meletak jawatan sebagai senior graphic designer untuk menjaga mama di hospital. Ingat lagi kali pertama cuba belajar menukar pampers mama tanpa pertolongan adik dan nurse, terkial-kial seorang diri kelakar sungguh! tapi makin lama makin cepat dan kemas. Ingat lagi dua kali mama masuk ke bilik OT untuk buang sel cancer yang sudah melarat ke kepala mama, dua kali kepala mama ditebuk, tempurung kepala dibuang separuh dan terus ke unit ICU. Unit ICU kepala adalah bilik paling dasyat ieda pernah masuk, semua bertarung dengan nyawa termasuk di kecil. Sepanjang bersama mama di hospital beberapa kematian berlaku di depan mata, maka malam itulah ku takut untuk ke toilet.

Di hospital perlu bangun seawal pukul 5 untuk lapkan badan mama. Mandi di surau, tidur di kerusi malas, makan di kedai mamak itulah rutin harian sepanjang di hospital. Semua kenangan itu terlalu indah kerana dapat menemani mama melawan penyakit dan menjalani proses kimoterapi. Mama senang diurus, tidak cerewet dan mudah ketawa. Sepanjang di sisi mama aku tidak menangis, aku dan adik-beradik adalah kekuatan untuk mama terus hidup. Aku pastikan mama selalu selesa dan tersenyum. Jika mama menangis aku lapkan air mata mama, siap merajuk cakap tak sayang ieda ehh sebab tu menangis outomatic mama tersenyum semula. Hampir setiap hari ada saja yang melawat mama. Ucapan terima kasih tidak terhingga pada mereka yang banyak menolong kami sekeluarga dan sentiasa memberikan kata semangat sehingga ke hujung nyawa mama.

Hilang segala kekuatan diri tapi tetap redha dengan pemergian bonda. Mama orang pertama yang akan ieda cari untuk bercerita, bermanja dan mengadu. Syukur tidak terhingga dikurniakan bonda dan ayahanda yang sangat sempurna, lemah lembut berbicara dan tidak mudah marah. Ohh sebab itu cepat je air mata mengalir bila terasa, dari kecil memang terlebih manja. Syukur dapat memandikan sendiri jenazah mama dan menguruskan dengan sempurna dengan pertongan saudara mara. Kubur mama cuma di sebelah kubur arwah papa mudah kami untuk melawat nanti.

Pada hari ieda disahkan mengandung, keadaan kesihatan mama betambah teruk. Dua minggu selepas itu mama pergi buat selamanya mungkin Allah ingin kurniakan kekuatan baru buat ku. Bila rindu mama je boleh usap perut sambil meleleh air mata. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya ieda pada mama.

Thanx you hubby sentiasa disisi setia berkongsi kesedihan ini.
Al-Fatihah buat Mama & Papa, bertemulah di syurga abadi