Sunday, November 30, 2014

Idea untuk Majlis Aqiqah


Salam all!

Bulan disember ieda akan adakan majlis aqiqah untuk my baby boy Muhammad Adrian Darwish. Sebelum itu ieda kongsikan dulu idea hasil carian dari blog dan google untuk project diy nanti. Link empunya idea dan gambar ada di bawah ya. Errr lagi dua minggu kot sebelum majlis tak nak la yang marveles sangat yang simple mimple sudah! Sapa ada idea angkat tangan puhlezz PENGSAN @_@ 

blog Irine Nadia untuk baby Fiska Medina

blog Puan Mah untuk baby Azwa

blog Yongnana untuk baby Aidi

blog Fasha Farid untuk baby Fareeq


blog Ceeranoh untuk baby Leecha

Baby Lara Alana

Anak Irma Hasmie

LITTLEBIGSHOTS

Wednesday, November 5, 2014

my newborn son

Salam

Layan gambar je dulu, cerita kemudian ya...

3.8 kg baby fresh from mommy tummy! skin to skin moment, first love, fist kiss and first breastfeed

My bam bam! 

Hi all! im Muhammad Adrian Darwish

Mommy daddy love ya little man

Adehh beratnye pipi gumuk!

Saye kene jaundice, habis sunburn pipi gebu gumuk saye, mommy nangis T_T

Small little feet!

Uwaaa...uwaaaa.... tolong daddy buli

Cinta hati mommy & daddy dunia akhirat

Budak kecik nie kuat nangeh!

Sunday, October 5, 2014

maternity photoshoot

Salam all

Maternity photoshoot at 36 weeks before our baby boy pop out! My first baby was born via cesarean section on 5 September 2014 at week 37. I will share my labor story later yaa. Photo by aurorapix, jika berminat untuk adakan maternity photoshoot seperti ini sebagai kenangan terindah dengan hubby anda boleh email ke ieda_aurora@yahoo.com. We cover JB area dengan pakej kasih sayang for all mommy and daddy to be.

Can't wait to hold you in my arms

Blessings upon you, my baby unborn
Safely inside me, asleep and so warm,
Sleep must come easy to those who are unborn,
As the maker so silently fashions your form.
Sleep, while you can, so watery and warm,
For outside this world is a terrible storm,
Soon you'll discover the taste of your tears,
So sleep now my loved one, my baby, my dear.


Mommy new boifie!

A new bundle of joy!

Oh my baby! dari dalam tummy dah pandai pose good boy

Mommy and daddy love you little baby

Ohh yeeahh gemok mommy! 

Alive and kicking!

Monday, August 4, 2014

salam raya 2014!

Ohhh hai!

Salam raya pembaca blog yang tercinta, kosong-kosong okey ^_^

September baby coming, me at 32 week pregnancy

Tahun nie beraya dengan family in law di JB, chocolate theme

Tuesday, July 15, 2014

pengalaman first and second trimester

Salam all

Ieda tidak mengalami morning sickness during my first trimester. Syukur hampir tiada alahan cuma sedikit penat tapi selera tetap seperti raksasa perut asik lapar.. lapar.. Mommy and baby growth healthy! Minggu ke-9 dah start buat buku pink dengan KK, everyting fine cuma ada prolem HB sedikit rendah saja.

cik baby 8 week 2D scan

Second trimester sangat challenging for me. I could not eat at all, perut reject terutama nasi dan ayam. Morning sickness yang agak teruk, muntah dan muntah sampai tersumbat sink! Sakit dan alahan pun datang serentak demam panas, selsema, batuk, headache and pitam sampai kena bedrest saja. Hubbylah yang sabar menjaga wifey manja dia nie. Sedih sebab terpaksa tolak banyak job business antaranya big projek collaborate dengan client design and decoration for Hari Raya Plaza Angsana 2014. Kecewa but i need to rest due to my pregnancy condition, im so sorry mungkin ada rezeki lain next time.

Lagi bertambah sedih lepas minum air gula dapat detect ade GDM pulak, maybe sebab arwah mama ada kencing manis. Hampir-hampir nak kena admit wad untuk on insulin tapi syukur berjaya pujuk doctor KK untuk try control my diet. Syukur selepas control diet food bacaan BSP kembali normal, sebelum tau I ada GDM memang hentam semua makanan, next entry ieda kongsikan bagaimana cara agar bacaan BSP cantik baru baby dapat growth healthy.

next post third trimester yawww!

cik baby 14 week 2D scan

cik baby 18 week 2D scan

cik baby 22 week 2D scan

Sunday, July 6, 2014

stages of pregnancy

EXCITED! 

Now at third trimester, cik baby im my tummy sudah 28week!

Thursday, June 12, 2014

15 tanda-tanda awal mengandung

Salam

Tanda awal mengandung setiap wanita mungkin tidak sama. 15 list nie yang paling kerap dialami so copy paste je lah. Jadi ieda share mine yaa hope dapat membantu.

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.
Ya, terasa berdenyut-denyut terutamanya ketika waktu malam

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
Ya, tidur awal dari biasa dan cepat penat

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.
Tiada ketika awal kehamilan

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.
Tiada ketika awal kehamilan

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.
Tiada ketika awal kehamilan

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.
Ya, tapi ieda memang jenis cepat nak terkucil hu..hu..

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.
Tiada ketika awal kehamilan

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
Tiada ketika awal kehamilan

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.
Ya, lebih kurang sakit sengugut

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.
Ya, sebenarnya dah lama tak makan Mc Donald tetiba pukul 3 pagi kejut hubby agak gi Mc Donald. Hubby mamai mengantuk so sambung tido maka daku merajuk gila esoknya!

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.
Ya, tanda yang paling jelas ketara badan terasa panas terutama waktu malam sehinggakan tidak selesa tidur tapi bukan demam ya

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
Tiada ketika awal kehamilan

13. Pusing atau pingsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.
Tiada ketika awal kehamilan

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.
Tiada ketika awal kehamilan

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.
Ya, setelah lewat period 7 hari

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

Oke ini adalah tanda sebelum tahu im pregnant 5 week. Tanda lain yang ketara adalah kedua belah tumit kaki sangat sakit ketika berjalan. Pada yang dah berjaya mengandung share la ape tanda yang korang alami pula ye.

Wednesday, June 11, 2014

my cik baby cheklist

Hi all!

Ketika ini kandunganku sudah masuk 25 week jadi masa untuk semak cik baby stuff. Just simple checklist dari mommy and daddy, banyak lagi yang belum DONE adehhh la, slow and steady beb! Gorges mommy out there please help me ada lagi ke yang perlu ditambah dan ditolak?


Clothings :
1. Baju lengan panjang 5 pcs (cuddles + tenderly) DONE 
2. Seluar panjang 5 pcs (cuddles + tenderly) DONE
3. Baju lengan pendek
4. Seluar pendek
5. Rompers
6. Legging
7. Topi / bonnet 2 pcs (cuddles)
8. Sarung kaki set (cuddles)
9. Sarung tangan set (cuddles)
10. Tummy binder (barut) 4 pcs (tenderly) DONE
11. Blanket
12. Swaddling blanket 2 pcs (sesame beginnings elmo) DONE
13. Baby bip
14. Sapu tangan 20 pcs (tenderly + baby gear) DONE

Changing & Diapering :
1. Lampin pakai buang
2. Cloth diaper
3. Nappy liners
4. Tisu basah / travel & refill wipes
5. Changing mat 2 pcs  (cuddles + bean) DONE
6. Lampin kain 5 pcs (kiko) DONE
7. Safety pin
8. Diaper Bag 1 pcs (kiko) DONE
9. Detergent 1 bottle (tollyjoy) DONE

Bathing / Grooming
1. Tab mandian bayi & pengalas tab
2. Tuala muka
3. Tuala mandi 1 pcs (disney mickey)
4. Mandian bayi -top to toe 1 pcs (pegion) DONE
5. Bedak bayi 1 pcs (pegion) DONE
6. Losyen bayi
7. Minyak bayi
8. Minyak telon
9. Pemotong kuku 1 set (tommee tipee) DONE
10. Thermometer
11. Cotton buds  1 set (cuddles) DONE
12. Cotton ball 1 set (pegion) DONE
13. Sikat / brush
14. Termometer
15. Vicks
16. Krim ruam lampin

Nursering :
1. Katil bayi / Baby Cot 1 set (ikea) DONE
2. Tilam 2 set (ikea) DONE
3. Bantal 1 pcs (sesame beginnings elmo)
5. Bantal panjang / bantal peluk 1 pcs (sesame beginnings elmo)
6. Bouncer
7. Travel bedcot 1 pcs (sesame beginnings elmo) DONE
9. Mainan untuk Play Pen / Katil
10. Mattress Protector
11. Mosquito Net
12. Chest of Drawers

Feeding / Breastfeeding :
1. Breast Pump
2. Milk storage - plastik & botol 1 set (autumnz) DONE
3. Cooler bag
4. Ice pack
5. Steriliser 1 set (bean) DONE
6. Warmer 1 set (bean) DONE
7. Botol susu BPA free 1 pcs (tommee tipee)
8. Bottle cleanser
9. Bottle brush 1 pcs (autumnz) DONE
10. Nipple cream
11. Nursing pad disposal 1 set (pegion) DONE
12. Nursing bra
13. Termos
14. Nursing cover
15. Drying rack
16. Penyepit botol
17. Warmer bag

Travelling :
1. Stroller
2. Car seat
3. Baby carrier
4. Beg bayi 1 pcs (kiko) DONE

Keperluan Berpantang :
1. Set lepas bersalin
2. Stokin
3. Baju sejuk
4. Tungku
5. Selimut
6. Selipar
7. Kain batik
8. Bengkung
9. Maternity pad
10. Minyak angin / urut
11. Air zam zam / selusuh

Extra :
1. Penyangkut baju baby 1 blue set (jusco) DONE
2. Permainan bermuzik
3. Ampai boleh pindah 1 blue set (jusco) DONE
4. Baby gym
5. Penyangkut kecil (untuk sarung tangan + kaki) 1 blue set (jusco) DONE
6. Baldi 1 blue set (jusco) DONE
7. Gym ball



Monday, May 26, 2014

Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat dan berjaya!

Happy mami and dedi to be! me gemok at 22 week pregnancy

Salam

Bulan Mac 2013 enam bulan selepas pembedahan, doctor Noraini benarkan ieda untuk mengandung secara normal. Katanya jika setahun masih tidak hamil boleh ke KPJ semula untuk chekup. Bermula my TTC journey, hampir 5 bulan kami suami isteri berusaha secara natural tapi tak berjaya. Seperti mereka yang dalam mood TTC hati sangat mudah tersentuh jika ada yang bertanyakan tentang anak. Cuma mampu mengadu dengan hubby dan arwah mama, rasa tenang bila dengar pujukan dari insan tersayang.

Bulan seterusnya me and hubby tekad untuk lebih berusaha. We planning step by step dimulakan dengan hanya mengamalkan makanan sunnah lebih kurang dua bulan.

Pertama :
Setiap hari amalkan minum susu kambing blend dengan kurma, buat segelas saja share minum dengan husband. Paling penting susu tersebut harus fresh dari ladang, yang berbau hanyir. Manis kurma akan kurangkan sikit rasa hapak tu. Info yang ieda dapat adalah untuk kesuburan dan menaikkan nafsu suami isteri untuk bersama. Amalkan selepas datang bulan terutama dalam waktu subur.

Di JB ieda beli susu kambing fresh di sini OSMAN GOAT FARM

Kedua :
Say no pada semua air bergas, bercaffeine dan fastfood! Antaranya McD, KFC, Pizza Hut dan sekutunya. Paling mencabar McD lah sebab favourite dari dulu!

Ketiga :
Minum madu sehari satu sudu. Me and hubby amalkan madu tualang asli, original from orang asli Cameron Highland. Boleh juga buat resepi air yang sedap nie madu + lemon sejuk, memang yummy dan berkhasiat!

Keempat :
Jangan stress, ini paling penting! Make life fun as husband and wife, enjoy travel and jalan-jalan cari makan. Ieda selesa sharing my TTC journey with all my bff dan yang rakan yang senasib, mereka sangat memahami. Tapi macam biasa ada saja golongan yang terlalu extreme prihatin dengan life kita, rezeki dari Allah siapa mereka untuk mempersoalkannya.

Kelima :
Minta parent termasuk in law selalu doakan kita cepat dapat zuriat. Doa mereka terlalu indah dan diperlukan. My arwah papa dah tiada jadi bila solat dan sebelum tidur selalu ingatkan arwah doakan anak kesayangannya nie dapat zuriat. Minta juga mommy yang pregnant doakan kita.

Keenam :
Don't give up! Berdoa setiap hari Allah mendengar dan sayang orang yang sabar.

Setelah hampir setahun enam bulan berkahwin Allah mendengar doaku, syukur im pregnant. Now 22 week happy healthy baby in my tummy! Muga anda yang menunggu rezeki mendapat berita gembira juga.

Ieda sharing juga step seterusnya for my TTC journey yang belum sempat ieda amalkan. Antaranya adalah untuk mencuba set kesuburan Shaklee dan Kasih Gold Adinda (Rina Hamid review). Mencuba buah zuriat dari Mekah dan mengurut cara kampung. Akhir sekali mungkin berjumpa doctor Noraini semula untuk rawatan kesuburan. Semua ini cuma perancangan untuk January 2014 kononya, bulan January juga ieda mengandung.

P/S : Pada sesiapa yang inginkan buat zuriat dari mekah boleh email me ieda_aurora@yahoo.com niat ingin sedekah saja, korang cuma perlu buat payment untuk delivery. Update, buah zuriat & daun zuriat sudah sold out selamat dibahagikan pada my blog reader, pada yang masih bertanya maaf ya! 

Monday, April 21, 2014

Al-Fatihah buat bonda

Assalammualaikum...

Awal Februari bonda tercinta telah pergi buat selamanya. Sehingga kini ieda masih kemurungan kerana terlalu rindukan mama. My mum disahkan mengidap penyakit lung cancer tahap empat pada bulan Jun tahun lepas. We fight cancer together sehingga hujung nyawa mama. Terlalu berat untuk diceritakan, yang pasti bukan mudah melihat orang yang paling disayangi menjalani setiap proses rawatan yang agak sukar.

Tanpa ragu ieda mengambil keputusan meletak jawatan sebagai senior graphic designer untuk menjaga mama di hospital. Ingat lagi kali pertama cuba belajar menukar pampers mama tanpa pertolongan adik dan nurse, terkial-kial seorang diri kelakar sungguh! tapi makin lama makin cepat dan kemas. Ingat lagi dua kali mama masuk ke bilik OT untuk buang sel cancer yang sudah melarat ke kepala mama, dua kali kepala mama ditebuk, tempurung kepala dibuang separuh dan terus ke unit ICU. Unit ICU kepala adalah bilik paling dasyat ieda pernah masuk, semua bertarung dengan nyawa termasuk di kecil. Sepanjang bersama mama di hospital beberapa kematian berlaku di depan mata, maka malam itulah ku takut untuk ke toilet.

Di hospital perlu bangun seawal pukul 5 untuk lapkan badan mama. Mandi di surau, tidur di kerusi malas, makan di kedai mamak itulah rutin harian sepanjang di hospital. Semua kenangan itu terlalu indah kerana dapat menemani mama melawan penyakit dan menjalani proses kimoterapi. Mama senang diurus, tidak cerewet dan mudah ketawa. Sepanjang di sisi mama aku tidak menangis, aku dan adik-beradik adalah kekuatan untuk mama terus hidup. Aku pastikan mama selalu selesa dan tersenyum. Jika mama menangis aku lapkan air mata mama, siap merajuk cakap tak sayang ieda ehh sebab tu menangis outomatic mama tersenyum semula. Hampir setiap hari ada saja yang melawat mama. Ucapan terima kasih tidak terhingga pada mereka yang banyak menolong kami sekeluarga dan sentiasa memberikan kata semangat sehingga ke hujung nyawa mama.

Hilang segala kekuatan diri tapi tetap redha dengan pemergian bonda. Mama orang pertama yang akan ieda cari untuk bercerita, bermanja dan mengadu. Syukur tidak terhingga dikurniakan bonda dan ayahanda yang sangat sempurna, lemah lembut berbicara dan tidak mudah marah. Ohh sebab itu cepat je air mata mengalir bila terasa, dari kecil memang terlebih manja. Syukur dapat memandikan sendiri jenazah mama dan menguruskan dengan sempurna dengan pertongan saudara mara. Kubur mama cuma di sebelah kubur arwah papa mudah kami untuk melawat nanti.

Pada hari ieda disahkan mengandung, keadaan kesihatan mama betambah teruk. Dua minggu selepas itu mama pergi buat selamanya mungkin Allah ingin kurniakan kekuatan baru buat ku. Bila rindu mama je boleh usap perut sambil meleleh air mata. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya ieda pada mama.

Thanx you hubby sentiasa disisi setia berkongsi kesedihan ini.
Al-Fatihah buat Mama & Papa, bertemulah di syurga abadi

Thursday, March 20, 2014

double lines

Salam uols...

I'm ready to share one happy news, i'm officially 13 week pregnant! Alhamdulillah ieda dan hubby sangat bersyukur pada Allah. Selepas nie ieda akan share my effort until i getting pregnant, one year after the major operation. Info for new reader, ieda telah selamat menjalani pembedahan major Myomectomy pada 20hb julai 2012 yang lalu untuk membuang ketumbuahan fabriod big size, read here FABRIOD




My happiness moment
Night before, me and hubby ke EON Bukit Indah. Bulan tersebut cik period sudah lewat 7 hari, niat dihati nak try test esok pagi. Ieda beli upt jenama clear blue dan watson, before this beli yang paling murah sekali je first time beli upt clear blue nie, yoo la rasa rugi dan kecewa sangat bila chek upt negatif manjang sebelum nie.

That morning bangun awal pagi ambil upt clear blue dan test macam biasa. Firstly berdoa sebanyak mungkin sebelum tengok result. Ya Allah positif DOUBLE LINES! tetiba badan jadi kaku 10 saat, tangan dah menggeletar, air mata mengalir laju, dalam hati hanya mampu ucap yaa Allah terima kasih. Hubby terbangun dari tidur sebab dengar ieda menangis dalam toilet. Apa lagi laju-laju tunjuk upt yang positif, off course dia blur dengan simbol tambah clear blue tu. Masa hubby buat muka blur tu ieda try test sekali lagi kali nie jenama watson, naik terang DOUBLE LINES confirm pregnant sayang! Apa lagi melompat la kami berdua atas katil, menangis dan ketawa sesama, awkward moment but full of happiness! i lurve you Faan!

First time pergi klinik, kena buat upt test sekali lagi untuk pengesahan. Masa ini berdebar juga, resultnya 'congrat dah ada tahniah, you pregnant!' Ketika ini doctor sahkan kandungan dah masuk 5 week mengikut tarikh akhir ieda period. Orang pertama yang ieda call adalah arwah Mama, terlalu happy that day tak putus kami berdua ucapkan syukur pada Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembira hati ini selepas apa yang kami lalui sebelumnya. Tidak sia-sia pengorbananku di bilik pembedahan dahulu.

Ieda juga ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan terutamanya rakan blogger yang disayangi. Muga dipermudahkan segalanya, doakan baby membesar dengan sihat dalam my tummy. Muga baby dapat mata besar macam mummy dan hidung mancung macam daddy hu..hu..

Mummy-mummy tinggalkan link blog ya, banyak yang perlu ieda belajar dari korang ^_^

Monday, January 27, 2014

Alhamdulillah thank you Allah

New chapter in life!


Saturday, January 18, 2014

stylish peplum tops!

Hello fashionista!

Syukur sudah hampir setahun ieda mula memakai hijab. Peringkat permulaan susah juga bab memilih baju yang sesuai dan sopan. Zaman free hair dulu hampir semua koleksi baju cutting body shape dan terdedah sana sini. If keluar dating dengan hubby memang masalah besar, take long time for me memilih baju yang sesuai dengan imej berhijab, sedih tau sob..sob...

Now... setahun kemudian im learning dan selesa dengan imej berhijab. Yes im in love with it! mudah kerana ieda sudah pandai mix and match pakaian. My favorite padanan baju peplum tops dengan dengan jacket atau cardigan. Boleh pakai dengan long skirt atau seluar, pakej untuk kekal stylish dan sopan at the same time.

Mana nak cari peplum tops yang stylish dan up to date? paling mudah terus ke butik online Zalora dan pilih yang berkenan di mata korang. Yang penting banyak pilihan dan harga manpu milik. Let's shopping at Zalora now fashionista!