Sunday, May 5, 2013

pengalaman sebelum pembedahan

Salam...
Dulu sebelum pembedahan dilakukan dengan berat hati mencari entry blog berkaitan pengalaman sebenar orang lain di bilik pembedahan sebagai rujukan. Now my turn to share the experience, buat pembaca yang baru singgah boleh membaca tentang perjalanan penyakit fabriodku di link ini berikut :


Ieda akan ceritakan sinopsis perjalanan sebelum ke bilik OT ya. Tidak berniat menakutkan sesiapa cuma berharap dapat memberi panduan untuk mereka yang senasib dan memerlukan...

1. Malam sebelum pembedahan sudah mula berpuasa dari makan dan minum.

2. Jumpa pakar bius untuk sesi pengesahan dan membuat persetujuan untuk dibius esoknya. Oke nasib baik doctor nie hensem makin semangat nak buat operation esok. Oke tipu!

3. Jumpa Dr Noraini, scan perut lagi buat kali terakhir. Bencinya bila nampak ketumbuhan yang besar tu lagi, esok sila keluar dari perutku ya.

4. Bangun pukul 5 pagi, nurse kejut supaya mandi. Shave bahagian sulit sampai clean and clear. Selepas itu solat subuh dan berdoa pada Allah agar pembedahan pagi nie berjalan dengan lancar.

5. Pagi pukul 7 nurse arahkan tukar baju. Jangan pakai underware and bra yer dik! Baju pesakit OT sangat jarang & penyambungnya pelekat saja, sekali karate pelekat tu dah terbukak weh.

6. Aku diarahkan baring di troly pesakit bilik OT. Ketika ini hanya Allah yang tahu perasaanku, sangat takut dan gementar. Sebentar saja lagi perut aku akan dibelah. Hubby sentiasa disisi dia kekuatanku, katanya muka aku dah pucat! Aku sudah bersedia minta maaf pada family tersayang kerana untuk major operation kita tidak dapat menjangga apa yang akan berlaku. Fahamkan maksudku...

7. Aku ditolak di bilik OT. Bermacam ayat aku baca untuk tenangkan hati sambil pegang tangan hubby. Sampai bilik aku diangkat ke katil pembedahan. Hubby menunggu diluar.

Close up of surgical tools on a table in an operating theatre photo

8. Yang aku nampak ada ramai manusia bertopeng di keliling katil, rasanya dalam 15 orang atau lebih untuk menguruskan urusan pembedahan. Pisau dan gunting aku dah nampak. Manusia bertopeng nie dah macam dalam cerita Grey Anatomy tu tau kelam kabut sediakan kelangkapan pembedahan dan chek nadi jantung aku. Oke aku tengok pun pening.

9. Sambil tu sempat lagi manusia bertopeng tu tanya aku kerja apa. Jawablah Graphic Designer, lepas tu siap suruh designkan wedding card dia lah, buntinglah, flyerslah, ehh sibuk nak ajak berbual. Mungkin dia nak tenangkan jantung aku yang bergedup kencang.


9. Doktor bius dah masuk. Oke ready ya saya nak cucuk ubat bius di tangan. Manusia bertoping dah depakan tangan dan pegang supaya aku tak meronta barangkali. Kalau satu jarum oke la tapi nie banyak sampai penuh tangan aku. Sebab tak tahan sakit bila ubat bius tu masuk laju aku buat muka kesian supaya doctor tu pengsankan aku secepat mungkin. Ketika ini aku menang tak boleh bergerak badan penuh dengan wire memang tekanan dan takut sangat. Doctor cakap just relax sakit akan kurang jika lembutkan tangan.

Patient undergoing surgery in an operating theatre photo

10. Lampu keramat dah dibuka dan mulut sudah dicekup. Dalam hati aku berniat supaya pembedahan berjalan lancar. Tika kini aku sudah mamai, dapat ku rasakan yang arwah papa menandang dan katakan aku akan selamat, kuatkan semangat anakku papa teman yaa, tiga kali sedut aku pengsan.

Syukur pembedahan yang hampir 4 jam berjalan lancar. Terima kasih team OT KPJ kerana memberi layanan yang baik dan memuaskan sepanjang berada disana. Sangat puas hati. Pembedahan dilakukan oleh Pakar Gynae Dr Noraini dari KPJ Johor. Kes fabriod aku adalah antara yang besar dan rumit. Terima kasih doctor berikan aku kehidupan yang baru. Hubby tersayang sanggup menunggu selama 4 jam tanpa makan dan cuma duduk di luar bilik OT sehingga selesai. Dia kekuatan ku...

Selepas ini ieda akan kongsikan pengalaman selapas pembedahan dan makanan apa yang sesuai untuk orang yang berpantang selepas pembedahan....