Saturday, February 23, 2013

pengalaman sendiri dengan Premium Beautiful


Assalamualaikum...

Ieda kongsikan pengalaman sebagai pengguna korset Premium Beautiful. Apa yang baik ieda kongsikan bersama. Jika berminat boleh hubungi my bff Miza untuk sebarang pertanyaan lanjut :

Jangan lupa inform Miza korang pembaca blog iedaurora.blogspot.com

Bermula pada bulan April 2012, ieda mula mengalami sakit belakang yang sangat teruk. Kekadang terpaksa menahan sakit sampai menangis. Pemeriksaan doctor mengesahkan ianya berpunca dari ketumbuhan fabriod yang mengganggu sistem tulang belakang. Pembedahan perlu dijalankan dengan segera. Doctor menetapkan tarikh pembedahan pada bulan Ogos. Agak buntu tika itu kerana majlis pernikahan dan perkahwinan di Kulim pada bulan Jun. Bermakna terpaksalah menahan kesakitan di atas pelamin nanti! Ketika ini ku redha sahaja dengan takdir. Anda boleh baca tentang pembedahan yang dijalankan di entry PENYAKITKU FABRIOD.

Hubby ambil gambar nie sebelum ditolak ke bilik OT, im still in trauma.

Ieda tidak berputus asa dengan mencuba Premium Beautiful sebulan sebelum my wedding! Selepas tersarung di badan alhamdunillah derita sakit belakang semakin bekurangan. Bersyukur sangat sekurang-kurangkan diriku boleh tersenyum bersanding di atas pelamin tanpa kesakitan. Posture badan juga terus tegak dan lurus, sebelum memakai korset posture badanku agak bengkok sedikit. 

Selepas dua bulan luka pembedahan sembuh. Untuk majlis bertandang di JB pada bulan September ieda tetap memakai PB untuk menutup kesan pembedahan di perut yang akak ketara. Boleh tengok koleksi gambar perkahwinan Ieda & Faan di entry WEDDING REVIEW

Pada B2B silalah mendapat PB secepat mungkin. Percayalah ia dapat membantu mencantikan curvy badan ketika mengenakan busana pengantin. PB amat sesuai untuk mereka yang bertubuh cubby dan berisi kerana dapat membentuk dan menurunkan berat badan sebelum hari bahagia anda. Yang penting dapatkan PB yang bersesuaian dengan saiz badan kerana korset yang terlalu ketat atau longgar membuatkan anda tidak selesa memakainya. Hubungi Miza untuk fitting badan serta penerangan yang lengkap.

Yes! I gain weight a lot sebulan before wedding kesan dari ubat-ubatan yang perlu dimakan. Tapi bila sarung PB dress cantik terletak menampakkan curvy yang seksi dan effect kurus.

PB buatku lebih yakin, yang penting sangat selesa walaupun seharian pakai.

Miza :
019 – 759 0024

Email  :
amizalala@gmail.com

FB :
Amiza Halim

This post is fully sponsored by Amiza Halim Premium Beautiful

Wednesday, February 20, 2013

wedding idea - paper flower

Hi...

Ieda tengah mencari idea untuk DIY paper flower for my Aurora mini studio di rumah. Find this cool website www.ellinee.com. All paper flower look adorable and easy to DIY. Korang boleh save budget dengan DIY paper flower for your wedding. Memang mudah sebab korang hanya perlu print template bunga dari link dibawah gambar tutorial dan start cutting paper. Ieda akan share dengan korang ye nanti itu pun jika hasil tangan ku menjadi dengan cantek...

Dear hubby please help me pretty please.... 

How to make a paper flower garland

Friday, February 8, 2013

Bride Blogger Gathering - part 2

Hi yaa all!

Ini sambungan dari Bride Blogger Gathering part 1. Ieda nak share mengenai aturcara event tersebut. Let picture do all the talking...

Deco registration table yang comel.

Booth Ann Wedding Rental untuk promosi sewaan barang perkahwinan.

Ada mini bazar juga.

Mya dari 4weddingku mengumumkan pemenang untuk 4weddingku Blog Award, Congrat to the winner :

Most Fabulous Bride 2012
Super fabulous Fy!

Most Glamorous Bride 2012
Pretty & stylo blogger!

Most Favourite Bride 2012
B2B and dentist to be!

Most Creative Bride 2012
One of Aurora classy and stylish design customer, congrat dear!

Most Inspired Bride 2012
Cute mom to be!


Games pertama sehati sejiwa, tulis jawapan lepas tu tengok sama tak jawapannya.

Games kedua untuk ibu mengandung, kesian korang kene minum air sirap tu.

Games ketiga berkumpulan, 3 orang kene style baju untuk 1 model.

My group, kitorang kalah tapi memang enjoy sangat.

3 model sedang pose

Tutorial mekap dari Hyna razak

Tutorial hijab dari Sarah Hatta, model Annyss Amira.

The loving couple FY & husband. Ohh ieda dapat final lucky draw terkejut sangat sebab tengah berangan ingat hubby!

Stuff yang I dapat dari lucky draw. Jakun sebab tak pernah tahu jenama dari Jepun nie. Rasanya sponsor dari Elegance Cosmetic betul tak FY? Thanx you so much yaaa!

Barang dari goodies bag event, spot the mini kaledar from Aurora classy and stylish design. Tiada dalam gambar adalah muffin yang dah ku makan.

Hasil pemberian business card, Graphic Designer macam ieda memang suka kumpul business card ni.

Hubbyku Faan thanx you such sudi teman wifeymu ke KL.

More update & picture of the event at :

Thursday, February 7, 2013

Bride Blogger Gatherig - part 1

Assalammualaikum...

Event Bride Blogger Gathering ini diadakan di Restoran Flora Terrace pada 3 Febuari 2013. Terus terang Ieda sebenarnya excited sangat nak jumpa teman blogger lain. Mula-mula slow je kenalkan diri tapi bila dah serasi seronok bergurau senda hari tu. Sory ye if kita tak sempat bertegur sapa that day bukan sombong tapi I pemalu looo.

All girl look gorges dengan mengikut tema color block. Congrat FY the event organizer yang menjayakan majlis yang happening and fun ini. Next time confirm nak join lagi. Gambar banyak sangat so enjoy part one dulu ye..

Maxi dress dari Amaze Me, lepas operation makin cubby bam bam haishh.

Berjanji dengan Diera & Rina Hamid nak jumpa dulu. So we pose depan Hampshire Place sebelum register nama.

The exclusive Restoran Flora Terrace front door view.

The fresh decoration, lemon everywhere

Waiting our turn at registration corner

My lucky number, I dapat  lucky draw tau.

Renee, Rilla, me & Rina

Me with Alya SyaQiera, she win the best dress color block theme

Me with Diera yang mudah tersenyum

Me with Dilla sama team untuk games

Me with Zimie, mom to be paling peramah & comey

Me with Fy, the event organizer.

Our table decoration blink-blink yaaww

Group bride blogger photo

Tuesday, February 5, 2013

engagement anniversary

Salam...

Memori indah ini terjadi pada 5 Feb 2011. Syukur majlis pertunangan Ieda & Faan berjalan lancar. Kami berdua tersenyum malu tanda terlalu gembira. Persahabatan yang hampir 6 tahun ketika itu diikat dengan ikatan pertunangan yang indah. For engagemant anniversary kitorang celebrate dengan special dinner together...

Ada orang cakap bertunang tu membazir, baik terus nikah senang....

Big Noo! ieda sangat tidak bersetuju. Majlis pertunangan itu yang menyatukan keluarga hubby dari JB dengan keluarga ku di Kulim buat pertama kali. Berbalas pantun bergelak ketawa biarpun pertama kali bersua. Lebih meriah apabila diantara keluarga kami ada yang saling mengenali dan terpisah sekian lama maka berjejak kasih mereka di majlis itu. Sungguh meriah sekali majlis pertunanganku.

Huh! jual mahal skit.

Si tunang orang ketika itu

Gambar inpirasi untuk kurus semua, lepas operation badan naik bam bam bam

F - for Farhan my hubby