Sunday, May 5, 2013

pengalaman sebelum pembedahan

Salam...
Dulu sebelum pembedahan dilakukan dengan berat hati mencari entry blog berkaitan pengalaman sebenar orang lain di bilik pembedahan sebagai rujukan. Now my turn to share the experience, buat pembaca yang baru singgah boleh membaca tentang perjalanan penyakit fabriodku di link ini berikut :


Ieda akan ceritakan sinopsis perjalanan sebelum ke bilik OT ya. Tidak berniat menakutkan sesiapa cuma berharap dapat memberi panduan untuk mereka yang senasib dan memerlukan...

1. Malam sebelum pembedahan sudah mula berpuasa dari makan dan minum.

2. Jumpa pakar bius untuk sesi pengesahan dan membuat persetujuan untuk dibius esoknya. Oke nasib baik doctor nie hensem makin semangat nak buat operation esok. Oke tipu!

3. Jumpa Dr Noraini, scan perut lagi buat kali terakhir. Bencinya bila nampak ketumbuhan yang besar tu lagi, esok sila keluar dari perutku ya.

4. Bangun pukul 5 pagi, nurse kejut supaya mandi. Shave bahagian sulit sampai clean and clear. Selepas itu solat subuh dan berdoa pada Allah agar pembedahan pagi nie berjalan dengan lancar.

5. Pagi pukul 7 nurse arahkan tukar baju. Jangan pakai underware and bra yer dik! Baju pesakit OT sangat jarang & penyambungnya pelekat saja, sekali karate pelekat tu dah terbukak weh.

6. Aku diarahkan baring di troly pesakit bilik OT. Ketika ini hanya Allah yang tahu perasaanku, sangat takut dan gementar. Sebentar saja lagi perut aku akan dibelah. Hubby sentiasa disisi dia kekuatanku, katanya muka aku dah pucat! Aku sudah bersedia minta maaf pada family tersayang kerana untuk major operation kita tidak dapat menjangga apa yang akan berlaku. Fahamkan maksudku...

7. Aku ditolak di bilik OT. Bermacam ayat aku baca untuk tenangkan hati sambil pegang tangan hubby. Sampai bilik aku diangkat ke katil pembedahan. Hubby menunggu diluar.

Close up of surgical tools on a table in an operating theatre photo

8. Yang aku nampak ada ramai manusia bertopeng di keliling katil, rasanya dalam 15 orang atau lebih untuk menguruskan urusan pembedahan. Pisau dan gunting aku dah nampak. Manusia bertopeng nie dah macam dalam cerita Grey Anatomy tu tau kelam kabut sediakan kelangkapan pembedahan dan chek nadi jantung aku. Oke aku tengok pun pening.

9. Sambil tu sempat lagi manusia bertopeng tu tanya aku kerja apa. Jawablah Graphic Designer, lepas tu siap suruh designkan wedding card dia lah, buntinglah, flyerslah, ehh sibuk nak ajak berbual. Mungkin dia nak tenangkan jantung aku yang bergedup kencang.


9. Doktor bius dah masuk. Oke ready ya saya nak cucuk ubat bius di tangan. Manusia bertoping dah depakan tangan dan pegang supaya aku tak meronta barangkali. Kalau satu jarum oke la tapi nie banyak sampai penuh tangan aku. Sebab tak tahan sakit bila ubat bius tu masuk laju aku buat muka kesian supaya doctor tu pengsankan aku secepat mungkin. Ketika ini aku menang tak boleh bergerak badan penuh dengan wire memang tekanan dan takut sangat. Doctor cakap just relax sakit akan kurang jika lembutkan tangan.

Patient undergoing surgery in an operating theatre photo

10. Lampu keramat dah dibuka dan mulut sudah dicekup. Dalam hati aku berniat supaya pembedahan berjalan lancar. Tika kini aku sudah mamai, dapat ku rasakan yang arwah papa menandang dan katakan aku akan selamat, kuatkan semangat anakku papa teman yaa, tiga kali sedut aku pengsan.

Syukur pembedahan yang hampir 4 jam berjalan lancar. Terima kasih team OT KPJ kerana memberi layanan yang baik dan memuaskan sepanjang berada disana. Sangat puas hati. Pembedahan dilakukan oleh Pakar Gynae Dr Noraini dari KPJ Johor. Kes fabriod aku adalah antara yang besar dan rumit. Terima kasih doctor berikan aku kehidupan yang baru. Hubby tersayang sanggup menunggu selama 4 jam tanpa makan dan cuma duduk di luar bilik OT sehingga selesai. Dia kekuatan ku...

Selepas ini ieda akan kongsikan pengalaman selapas pembedahan dan makanan apa yang sesuai untuk orang yang berpantang selepas pembedahan....

21 comments:

  1. patutla lama u diam je. mesti berdebar kan. kalau i pun mesti cuak cuak mcm nak bersalin agaknya huhu. take care tau. nanti share la punca ke apa apa yang berkaitan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mase tu tahap berserah je pada Allah, one day akan share info-info yang ade ^_^

      Delete
  2. subahanallah,
    bie naik gementar baca pengalaman ieda ni
    alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring, dulu ieda pun asik bace pengalaman org lain ^_^

      Delete
  3. takut baca entri pembedahan ni,pasal tak pernah mengalaminya lagi..
    salam kenal dr m3h
    done follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! salam kenal now visit yaa back ^_^

      Delete
  4. masa kita masuk hospita dl pn ada sedut tu.
    great experience. ieda bertuah dapat rasa dan berjaya mengatasi ujian ini. insha Allah.. dapat keredhaan sebab kesabaran ieda!

    buang fibroid pantang dia sama macam orang bersalin ke x ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx diera, Allah kan sayang orang yang sabar, pantang makan sama saje, cuma kena banyakkan minum pati ikan haruan & sup ikan haruan supaya luka dalaman cepat baik...

      Delete
  5. takut la jgk bila tahu camni keadaannya....haishh pi jumpa doktor gigi pun dah gigil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieda lagi takut doctor gigi dari doktor bedah ki..ki...

      Delete
  6. Alhamdulillah :)

    take care dear <3

    ReplyDelete
  7. pengalaman weih..ko ok la ada en hasben dcc..aku dlo wat pmbdhan juz srg2..family ad hal lbh penting. hadapi srg2 n btawakal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If hasben tak teman, mama aku kena ada kalo tak aku nangis kuat-kuat hi..hi..

      Delete
  8. fuhhh 4 jam ida dalam bilik OT ye..
    Myra ritu masa cyst dalam sejam kot, tp myra xoperate, cuma tebuk 3 lubang di perut.

    Sekarang myra ada mkn produk shaklee utk avoid cyst tu kembali :D
    Alhamdulillah lepas dah 2 tahun berlalu, cyst myra ada tp Doc ckp tak merbahaya ianya normal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieda lama sebab belah perut nak keluarkan daging fabriod tu, tgk video kat utube pun ngeri tau, yaa hear that shaklee is a good product ^_^

      Delete
    2. Takut tpi nanti tggl 28/2/2013 aq jga pembedahan fibroid minta do'anya y :'(

      Delete
    3. dont worry everything will be fine, ieda doakan gebby cepat sihat yaa ^_^

      Delete
  9. memang seram kat bilik bedah.. mcm saya masuk ot masa nak beranak jer.. tp setakat ni 2-2 tu emergency punya case sbb sakit nak beranak.. gunting or apa ke mmg xperasan sbb da sakit nak beranak sgt..hie

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum.. sy nk tanya selepas sedar dari pembedahan tu sakit x? or xterasa sgt sbb msh ada ubat bius.
    dan satu lg bila bgn nk p toilet next day tu mcmne? adakah sakit sgt2 bila nk berjalan atau x? bulan depan sy akan operate fibroid jugak perasaan takut dh mula menguasai diri.. harap dapat membantu.. terima kasih.

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum...dah merasa 23/5/16 lebih kurang seminggu yg lalu...sekarang sedang berpantang...masih compuis nk amalkan ape supaya luka cepat sembuh..wat mase ni cuma amalkan sup ikan haruan,lobak asin ikanbilis bwang ,bubur jek n mkn buah²an...nk pakai underwear yg mcm mana? pakai mini takut kene luka oprate,nk pakai yg biasa terang2 kene pd luka operate tu

    ReplyDelete