Tuesday, December 3, 2013

garden outdoor photoshoot, ohh memory....

Salam...

Setahun telah berlalu. Inilah antara gambar gedik ketika outdoor photoshoot semasa majlis menyambut menantu di Johor Bahru. Pengantin nie memang suka berposing jadi tak susah pun untuk mr photographer bagi direction. Seriously we having so much fun here! Our photographer mr Ijat memang pandai berexperimen dengan area taman! All picture credit to our official photographer Capturepixs Studio.



















Friday, November 29, 2013

Ohh BE nuffnang!

Hi all!

Thanx you team Nuffnang. Dapat lagi dua BE bulan nie walaupun blog kesayangan dah bersawang. Update skit dengan selfie perasan nie ^_^

Mood mendeco rumah sudah tiba, jom sharing istana impian kita.

Go green! go green!

Sebenarnya daku benci warna dinding nie susah nak maching bila mendeco, oke fine rumah sewa redha je la sekian...

Thursday, November 7, 2013

Ding! selepas berkurun lama tak update...

Salam wahai pembaca baru dan pembaca setia....

Kesian blog sudah lama menyepi, today kasi update skit. Sekarang masih lagi berdua, syukur dah dapat lesen besar dari doctor mengesahkan sudah cukup setahun operation dijalankan. Yee setahun terpaksa merancang! Perit sangat bila terpaksa menjawap soalan orang. Now baru je nak ambil mood TTC, please sharing puan-puan.

Anak kawan kite little cubby cheek

Wish to have adorable kids macam baby Arissa

Hari raya berpurple theme, auuww hensemnye hubbyku

September birthday celebration me & hubby just the two of us at home, leh kiss..kiss.. ^_^

VVIP INVITATION

I would like to invite you all to LIKE AURORA PAGES. Aurora offered classy & stunning wedding, akikah ceremony and birthday party personalized items & designs. Anda akan dilayan oleh Ieda sendiri, jangan malu dan segan untuk bertanya serta membuat tempahan. Antara produk Aurora seperti bawah.

Visit us at FB : www.facebook.com/Auroraclassystylish
Our Blog : http://auroraclassystylish.blogspot.com/











Sunday, May 5, 2013

pengalaman sebelum pembedahan

Salam...
Dulu sebelum pembedahan dilakukan dengan berat hati mencari entry blog berkaitan pengalaman sebenar orang lain di bilik pembedahan sebagai rujukan. Now my turn to share the experience, buat pembaca yang baru singgah boleh membaca tentang perjalanan penyakit fabriodku di link ini berikut :


Ieda akan ceritakan sinopsis perjalanan sebelum ke bilik OT ya. Tidak berniat menakutkan sesiapa cuma berharap dapat memberi panduan untuk mereka yang senasib dan memerlukan...

1. Malam sebelum pembedahan sudah mula berpuasa dari makan dan minum.

2. Jumpa pakar bius untuk sesi pengesahan dan membuat persetujuan untuk dibius esoknya. Oke nasib baik doctor nie hensem makin semangat nak buat operation esok. Oke tipu!

3. Jumpa Dr Noraini, scan perut lagi buat kali terakhir. Bencinya bila nampak ketumbuhan yang besar tu lagi, esok sila keluar dari perutku ya.

4. Bangun pukul 5 pagi, nurse kejut supaya mandi. Shave bahagian sulit sampai clean and clear. Selepas itu solat subuh dan berdoa pada Allah agar pembedahan pagi nie berjalan dengan lancar.

5. Pagi pukul 7 nurse arahkan tukar baju. Jangan pakai underware and bra yer dik! Baju pesakit OT sangat jarang & penyambungnya pelekat saja, sekali karate pelekat tu dah terbukak weh.

6. Aku diarahkan baring di troly pesakit bilik OT. Ketika ini hanya Allah yang tahu perasaanku, sangat takut dan gementar. Sebentar saja lagi perut aku akan dibelah. Hubby sentiasa disisi dia kekuatanku, katanya muka aku dah pucat! Aku sudah bersedia minta maaf pada family tersayang kerana untuk major operation kita tidak dapat menjangga apa yang akan berlaku. Fahamkan maksudku...

7. Aku ditolak di bilik OT. Bermacam ayat aku baca untuk tenangkan hati sambil pegang tangan hubby. Sampai bilik aku diangkat ke katil pembedahan. Hubby menunggu diluar.

Close up of surgical tools on a table in an operating theatre photo

8. Yang aku nampak ada ramai manusia bertopeng di keliling katil, rasanya dalam 15 orang atau lebih untuk menguruskan urusan pembedahan. Pisau dan gunting aku dah nampak. Manusia bertopeng nie dah macam dalam cerita Grey Anatomy tu tau kelam kabut sediakan kelangkapan pembedahan dan chek nadi jantung aku. Oke aku tengok pun pening.

9. Sambil tu sempat lagi manusia bertopeng tu tanya aku kerja apa. Jawablah Graphic Designer, lepas tu siap suruh designkan wedding card dia lah, buntinglah, flyerslah, ehh sibuk nak ajak berbual. Mungkin dia nak tenangkan jantung aku yang bergedup kencang.


9. Doktor bius dah masuk. Oke ready ya saya nak cucuk ubat bius di tangan. Manusia bertoping dah depakan tangan dan pegang supaya aku tak meronta barangkali. Kalau satu jarum oke la tapi nie banyak sampai penuh tangan aku. Sebab tak tahan sakit bila ubat bius tu masuk laju aku buat muka kesian supaya doctor tu pengsankan aku secepat mungkin. Ketika ini aku menang tak boleh bergerak badan penuh dengan wire memang tekanan dan takut sangat. Doctor cakap just relax sakit akan kurang jika lembutkan tangan.

Patient undergoing surgery in an operating theatre photo

10. Lampu keramat dah dibuka dan mulut sudah dicekup. Dalam hati aku berniat supaya pembedahan berjalan lancar. Tika kini aku sudah mamai, dapat ku rasakan yang arwah papa menandang dan katakan aku akan selamat, kuatkan semangat anakku papa teman yaa, tiga kali sedut aku pengsan.

Syukur pembedahan yang hampir 4 jam berjalan lancar. Terima kasih team OT KPJ kerana memberi layanan yang baik dan memuaskan sepanjang berada disana. Sangat puas hati. Pembedahan dilakukan oleh Pakar Gynae Dr Noraini dari KPJ Johor. Kes fabriod aku adalah antara yang besar dan rumit. Terima kasih doctor berikan aku kehidupan yang baru. Hubby tersayang sanggup menunggu selama 4 jam tanpa makan dan cuma duduk di luar bilik OT sehingga selesai. Dia kekuatan ku...

Selepas ini ieda akan kongsikan pengalaman selapas pembedahan dan makanan apa yang sesuai untuk orang yang berpantang selepas pembedahan....

Tuesday, April 30, 2013

lets exchange links


Hi yaa all B2B and EX-B2B of 2013, sila tinggalkan link di ruang comment yaa, lets share our wonderful journey together ^_^

love
iedaurora

Saturday, April 13, 2013

review - wedding cake bertingkat

Salam....

Oke continue review. Wedding cake di Kulim ieda tempah dengan Awincupcake. Harga wedding cake di sini memang berpatutan dari yang lain. Gigih survey harga sebab nak budget dan mencari kek yang comel! Yaa comel tu penting bagi Ieda Aurora. Hasil tangan Awincupcake sangat kemas dan teliti. Totaly puas hati dengan hasil kek bertingkat bertemakan tiffany blue, white & purple. B2B utara boleh la tempah dengan kak Awin senang je nak deal, boleh hantar sampai ke rumah.

Blog  : awincupcake.blogspot.com
Fb : awincupcake

F for faan & I for ieda yawww

2 tier cake, di bahagian bawah cupcake normal size di bahagian atas cupcake mini

Super cute wedding cake, tiffany blue and purple theme

Our sweet moment suap-suap

Sesi potong cake, selesai majlis cake pun settle sedaaap sangat

Wedding cake di Bandar Bahru Uda JB bertemakan black and white. Disediakan oleh our wedding planner AZ Bridal. Saiz kek ni sangat besar sampai dua minggu pun tak habis lagi.

3 tier cake dengan hiasan fresh flower

Sweet cake cutter decoration

Pengantin lelaki tengah touch up, pengantin perempuan gedik pose hu..hu..

Pose time! gambar nie je skema yang lain terlebih happy sebab kat depan kitorang penuh dengan kengkawan mengacau.

Cuaca panas jadi cake sedikit mencair

Cake di depan meja beradap pengantin, yes it fresh flower decoration!

Wednesday, April 10, 2013

promosi hebat produk kecantikan!

Sharing is caring!

Promosi hebat produk kecantikan pilihan ramai di FN Beautyhouse. Dijamin harga yang ditawarkan paling rendah di pasaran. Promosi ini sah sehingga Ahad, 14 April 2013 sahaja iaitu semperna hari lahir owner FN Beautyhouse. Jadi cepat rebut peluang ini!

Pm atau wassap mereka segera
013-289 6096 / 017-770 8499

FB :


Added RM6 untk postage

This post is fully sponsored by FN Beautyhouse