Sunday, September 30, 2012

review - mua anna cherrie for solemnization & reseption

Salam yaa oulll...

Untuk majlis akad nikah & resepsi di Kulim Ieda memilih my gurl friend mua Anna Cherrie. Pertama kali tengok hasil makeup anna dah jatuh cinta. Sungguh sweet, solf dan flawless. My first love adalah makeup bride di bawah, she look so amazing right, so terus booking anna for two day di Kulim...

Love the bridal softness makeup, I tak nak over

Me with mua gurl friend anna cherrie

Anna offer special price for me, yer laa kami kawan lama. More info about her rate please ask anna your self, insyallah anna akan reply secepat mungkin. Bagi ieda anna sangat friendly dan solf spoken. Masa makeup pun asik berbual cerita lama & baru sampai tak sedar dah siap. Permintaan ieda cuma mahu nampak natural, solf & sweet saja maka ini hasilnya.Terima kasih anna sudi datang dari kl ke Kulim just untuk memenuhi permintaan kawanmu ini. Anna baru saja diliver cute baby boy, congrat dear....

Anna Cherrie

review dari other B2B -

P/S : Ohh yaa, anna adalah mua untuk the beautiful blogger bride Erine Nadia Marcello & Aishah Amin 

Thank you anna for my bridal beauty ramai memuji, ceewah perasan!

Sangat puas hati, just solf natural look

Makeup masa solemnization

Monday, September 24, 2012

Promotion price untuk design sahaja

Salam IedauroraTouch customer...

Harga tempahan untuk simple design adalah RM30 only. Grab now! Sample design yang simple adalah seperti dibawah. Rekabentuk artwork adalah mengikut kehendak dan kepuasan anda. Extra charge akan dikenakan jika design terlalu rumit atau ada tambahan lain. Artwork akan diberi dalam bentuk format Jpeg & Adobe Illustrator untuk proses printing seterusnya di pihak anda. 

For inquiry email me at :
ieda_aurora@yahoo.com

ARTWORK LABEL BABY PASTEL THEMETQ FIZA
Advance order, stil waiting for the baby name 

ARTWORK THANK YOU TAG BIRDIE THEMETQ WANI

ARTWORK BUNTING MY WEDDING GOLD EXCLUSIVE THEME

Saturday, September 22, 2012

penyakit fabriod - part 2

Rentetan part 1
http://iedaurora.blogspot.com/2012/08/apa-sebenar-penyakitku-part-1.html 


Peristiwa sebulan sebelum my wedding day, 8 jun 2012
Dengan ditemani my fiance & MIL aku teruskan permeriksaan di Puteri Specialist Hospital Johor Bahru (KPJ). Doktor yang merawat dan yang akan monitor perkembangan penyakitku adalah Dr. Noor Aini salah seorang doktor pakar sakit puan di KPJ. Dengan penerangan yang diberi baru ku tahu dengan lebih detail penyakit yang ku hidapi ini iaitu fabriod atau large uterine myomas. 

Disini ku terangkan serba sedikit yaa. Menurut Dr Noor Aini semua wanita menpunyainya tetapi agak bahaya kita membesar. Didalam kes aku fabriod itu telah membesar dengan jayanya sehingga 9cm x 8cm dan terdapat dua ketulan pula. Boleh dilihat dengan jelas melalui ujian utrasound. Maka Dr Noor Aini tegaskan aku perlu dibedah sebelum berkahwin untuk mengelak risiko. Dalam kes aku kedudukan fabriod adalah di luar rahim. Oleh itu aku tidak mengalami sebarang masalah semasa period kerana kitaran bulanan adalah normal. Sengugut pun tidak terlalu teruk & tiada apa-apa masalah seperti sembelit atau sebagainya. Yaa aku sihat dari luaran! jadi memang aku tidak sedari kehadirannya sebelum ini. 

Ramai yang bertanya padaku apa tanda penyakit ini. Dari pengalaman peribadi kesan paling ketara adalah sakit belakang yang agak teruk dalam jangka masa yang lama sehingga memberi tekanan setiap hari. Mahu tidur, duduk & berdiri sentisa sakit. Menurut Dr Noor Aini ini disebabkan fabriod tersebut telah menolak kedudukan tulang belakang. Yang kedua kerap kencing, ini pula disebabkan fabriod tersebut telah menekan pundi kencing. Yang terakhir perut seperti penuh dan keras apabila ditekan. Itu sahaja tanda-tanda yang aku hidapi.

Risiko penyakit ini banyak anda boleh google sendiri yaa. Setelah pemeriksaan aku disahkan subur kerana kedudukan fabriod itu di luar rahim. Risikonya adalah jika mengandung bayi boleh gugur, tiada ruang untuk bayi & sakit yang kuat. Disebabkan ini Dr Noor Aini sarankan aku menjalani pembedahan sebelum berkahwin untuk mengelakkan risiko ketika mengandung ini.

Aku tidak ingin ceritakan drama sedihku. Dah puas aku menangis & kuatkan semangat ku kembali. Saat ini keluargaku & keluarga fiance yang memberi kekuatan & nasihat apa yang perlu aku lakukan. Arahan doktor aku ingkar nekad pembedahan akan dibuat selepas majlis perkahwinanku. Semuanya telah dirancang, aku tidak ingin kelihatan lemah dan menyerahkan pada keluargaku untuk menyelesaikan urusan perkahwinan pada saat akhir. Kunjungan di KPJ tetap dilakukan sekerap mungkin. Dr Noor Aini sudah menjadi doktor peribadiku.

Puteri Specialist Hospital Johor Bahru (KPJ), 20 julai 2012

Setelah majlis perkahwinan di Kulim selesai aku ditahan di wab pada 20 julai 2012 untuk meneruskan pembedahan. Aku dan suami serta keluarga telah berbincang untuk segerakan pembedahan bagi mengelak sebarang risiko. Ketika ini aku sudah pasrah dan berserah pada Allah. Yaa Allah terima kasih kurniakan padaku suami yang sabar manjagaku ketika sakit & sentiasa disisi memastikan semuanya sempurna. 

Bermula kehidupan seharian di KPJ. Kisah sedih aku lupakan, cukup aku tak mahu menangis lagi. Terus terang sakit selepas pembedahan adalah sakit yang teramat sakit yang tidak pernah aku lalui sepanjang hidupku tetapi aku tidak menangis langsung sepanjang dihospital aku anggap semua ini adalah dugaan dari Allah untuk aku dan suami serta keluarga. Suamiku faan sentiasa menemani dan menenangkan jiwaku di hospital. 

Sory gambar buruk & pesakit pun buruk dah sakit takda mood nak cun-cun hu..hu.. Kat sini ieda nak share fun moment je cerita sakit kita lupakan la..la... 


Antara food at KPJ boleh order ikut faveret korang tapi tawar heber

Tauhu campur, sayur sawi, bubur & epal

Oppps sory nurse teroder MCD pulak dengan hubby

Hubby & hunny, baju nie memang serius seksi wooo

Tag pesakit KPJ, hari-hari kena cucuk T_T

Sebelum disorong ke OT hubby try to make me ketawa dia sibok main dengan topi tu. I senyum kelat sebab seram.

Masuk OT aje kena cucuk banyak jarum di tangan terpaksa tahan sakit sebelum pengsan. Teringat arwah papa my last memory sebelum pengsan. Just show u a little bit of the pic in OT taken by doctor supaya korang tak pengsan juga, serius scary!

3 1/2 jam menunggu di luar bilik OT cuma gambar nie yang hubby tangkap, maybe dia sangat risaukan wifenya bertarung dengan doktor dalam OT

Pengsan day 1, badan penuh jarum semua nurse uruskan 

Day 2, dah boleh gerak sikit menahan sakit teramat di tempat jahitan pembedahan. Nurse & hubby uruskan

Day 3 dan seterusnya belajar bejalan semula macam budak-budak. Hubby sentiasa tolong dari A to Z. Total  operation coz RM8+++ cover with insurans

Syukur pembedahan selesai dengan jayanya. Insyallah lepas sihat sepenuhnya boleh planning for baby dengan senyuman. Terima Kasih pada semua yang membantu.

Tuesday, September 18, 2012

my jaybee wedding 15.9.2012

Dusty Pink wedding theme! layan gambar je dulu yaa, update later la..la..la..