Sunday, August 26, 2012

apa sebenar penyakitku - part 1

Berakhirlah sebulan mimpi ngeri di dewan bedah, syukur dah semakin sihat & bahagia dengan suami tersayang, thanx you so much pada mereka yg mendoakan kesihatan ieda ^_^

Im ready untuk majlis menyambut menantu 15hb nie nie jb pula tralala

Coretan ini adalah sebagai kenangan untuk diriku. Juga tanda ingatan pada mereka yang banyak membantu & menemani di saat ku terjatuh dulu. Aku ingin kongsikan keadaan penyakit nie hopefully dapat membantu wanita lain pula. 

Peristiwa sebulan sebelum my wedding day, 8 jun 2012
Hari itu aku demam panas. Jadi terus ke Poliklinik Penawar dekat dengan rumah berseorangan atas desakan Faan tunangku ketika itu. Si dia outstation seminggu di Klang. Hopefully dapat lah MC untuk aku berehat secukupnya di rumah. Aku masuk bilik doctor untuk chekup demam & dapat MC dua hari. Sebelum keluar aku tergerak untuk bertanya doctor tentang sakit belakang yang dah setahun aku hidapi. Dalam fikiran ku ketika itu mungkin kerana terlalu banyak duduk di depan komputer. Kerja aku memerlukan aku sentiasa berkreatif dengan Adobe Ilustrator & Photoshop. Makan tidur depan komputer dah biasa. Doctor Adibah membuat pemeriksaan di bahagian belakang & perut. Setelah perutku ditekan berulang kali, die bertanya samaada aku sudah berkahwin atau belum. Errrr kalau belum kenapa doctor? lagi sebulan je saya nak menikah. Dr Adibah terangkan yang perut aku keras & riak muka nya agak serius. Ketika ini aku blur...

Dr Adibah minta aku baring untuk buat ujian utrasound. Ujian nie sama seperti ibu mengandung untuk lihat bayi dalam perut. Sebelum scan dia lumurkan cecair berlendir & sejuk di kawasan perut. Dari scan  Dr. Adibah juga nampak blur pasa mulanya. Aku lagi la blur. Melalu tv scan tu Dr Adiba terangkan yang ada sesuatu dalam perut tapi tak dapat pastikan samaada benda tu sis atau sebaliknya. Memang aku nampak macam ada ketumbuhan yang agak besar. Pada mulanya Dr Adiba suspek aku mengandung sebab perut keras bila ditekan tadi. Yang pasti aku tidak mengandung tapi ada ketumbuhan di dalam perut yang bersaiz 9cm x 8cm. Patut la perutku agak buncit sedikit katanya. Dr. Adibah berikan aku surat untuk buat rawatan susulan di HSA JB kerana perlukan pemeriksaan dari Doktor pakar sakit puan. Surat & hasil ujian utrasound tadi diberi padaku katanya sila ke hospital secepat mungkin. Oke aku steady lagi sebab blur, memang blur. Apapun terima kasih Dr Adibah dari Poliklinik Penawar Taman Tun Aminah kerana mengesan penyakitku dari awal.... 

Balik rumah aku belek-belek surat tu. Aku nie mimpi ke, aku nie sakit apa sebenarnya? dahla sebulan lagi my wedding. Apa nak buat nie, oke kena bincang dengan fiance dulu. Aku call & terangkan pada Faan tapi si dia outstation di klang selama seminggu. Jadi tak dapat la nak bawak aku ke hospital. Aku dah nangis nak rak sebab risau, at the same time takut nak bagitau family di Kulim lagi. Takut pula mama risau, lagipun aku tak pasti apa penyakitku nie. Call bakal MIL pula & terang kan semuanya. MIL terus ambil aku di rumah sewa, esoknya juga kami ke HSA untuk buat pemeriksaan lanjut. Di sana MIL sentiasa menemaniku sepanjang masa & memberi kata-kata semangat buatku. Jujur aku katakan agak penat bila terpaksa buat pelbagai pemeriksaan. Tapi di Hospital kerajaan nie macam biasa untuk fully chekup dengan pakar aku terpaksa menunggu giliran sehingga dua bulan. Lamanya macamana kalau penyakit nie bahaya? Lagi sekali aku menangis tewas. Tapi MIL tenangkan jiwaku dengan sifat penyabarnya, yaa Allah aku bersyukur punya dua ibu yang penyabar & penyayang. Balik kami berdua makan di restoran Sedap Corney & berbincang saamaada perlu ke aku buat chekup di hospital swasta pula...

Tunggu sambungan part 2 yee, agak mengerikan kot.....

Salam Aldilfitri dari me & hubby

Friday, August 24, 2012

review - diy guestbook

Selamat Hari Raya pembaca....

Guestbook nie ieda DIY sendiri. Idea & konsep cuma hentam kromo sebab last minute. Cara buat sangat simple & korang tak perlukan modal yang besar. Kalau suka try la buat. Happy DIY yaa B2B!

Guestbook nie I letak di meja candy buffet saja, lepas makan tetamu bergilir untuk menulis ucapan

Bila baca balik memang kelakar je ucapan dari tetamu nie. Sweet memory ^_^

Yang perlu modal besar cuma beli buku hard cover macam nie, ieda beli dengan harga RM13 rasanya bersaiz A3.

Rupa inner buku, putih bersih baru tetamu senang menuliskan, siap buat ucapan panjang untuk kami berdua.

Print gambar prewedding dan tampal pada ruang tengah cover buku seperti ini. Untuk jimatkan cost I cuma guna barang yang dah sedia ada sahaja. Iaitu crep paper berwarna tifany blue, riben berwarna purple & tifany blue serta kerongsang besar. Cuba susun dengan kemas seperti diatas dan pinkan dengan kerongsang. Gunakan kertas hitam untuk menampal kecacatan di ruang belakang supaya kelihatan lebih kemas. Tadaaa dah siap!

Ayat pada cover guestbook :
Guestbook
MAJLIS PERKAHWINAN
IEDA & FAAN

terima kasih kerana sudi datang meraikan majlis perkahwinan kami hari ini
jangan lupa tingalkan sepatah dua kata sebagai kenangan untuk kami

Wednesday, August 22, 2012

review - diy button badges

Salam Aidilfitri semua...

Jomm continue review! Untuk family & vendor ieda cuma gunakan button badges sebagai pengganti bunga corsage. Design & finishing produk adalah dari Iedaurora touch sendiri. I recommended you all untuk gunakan button badges bagi memudahkan tetamu & vendor mengenali kaum keluarga kita. Ohh la lepas wedding semua button badges I hadiahkan pada mereka.

Jika ingin membuat pertanyaan dan tempahan sila email : ieda_aurora@yahoo.com

Tips dari iedaurora touch :
  • Design button badges perlu menggunakan warna yang terang & contra.
  • Pastikan font mudah dibaca & jelas.

Tadaa! for bride & groom, close family & lovely vendor

For my big big family

Tu jari Mr OP

Happy sebab Mr OP abadikan banyak gambar candid my family terdekat, thanx to the button badges

Couzen kecil yang menjaga booth canndy buffet, sambil jaga sambil makan ^_^

Thursday, August 9, 2012

review - henna / inai

Happy 1 month aniversary ieda & faan. We celebrate dekat rumah baru yang kosong je

Selamat berpuasa korang!

Key la nak sambung review wedding. Kali ini pasal my henna/inai di utara. Pada mulanya I agak frust masa survey henna artist area Kedah & Penang sebab tak banyak pilihan pun. Tetiba terpandang design henna/inai di FB my friend Lynda. Jadi terus booking dengan Lynda, si dia juga merangkap ex-classmate masa di Sekolah Menengah Dato' Onn, Butterworth dulu. 

Selepas survey pakej dari Lynda memang agak berpatutan dari henna artist yang lain. Contoh Design yang ada pun sangat marvelos! Jadi Ieda book pakej ukiran penuh kaki & tangan. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan sebab Pakej Kengkawan. Sehari sebelum majlis Lynda datang ke rumah siap dengan inai berjenis & meja kecik untuk letak laki & tangan semasa melukis. Sory ye disebabkan terlaku leka tengok ukiran dibuat ditambah dengan mulut tak berhenti bersembang I lupa berapa lama masa diambil untuk menyiapkan ukiran di kaki & tangan. Lepas siap dia cuci & make sure kita puas hati.

Hasilnya Ieda sangat puas hati sebab ramai yang cakap cun bangat deh. Untuk hubby Lynda beri 3 jenis inai untuk pakai sendiri juga untuk repair my henna nanti. Lynda cuma pesan jangan main air lama sangat semasa mandi & jangan basuh pinggan untuk henna kekal lama.

For more ask by yourself at her FB : LYNDA HENNA ARTIST

Just sharing jika anda rasa ragu-ragu tentang pemakaian henna/inai ini, kerna adalah tidak haram bagi pengantin perempuan dan lelaki. Sila jangan pandai-pandai buat hukuman sendiri dan sebarkan benda yang tidak betul. Kesian pada henna artist, rasanya diorang pun tak tergamak bagi anak makan benda haram kan...


Full view di kaki & tangan

Tapi lepas pakai my wedding dress nampak area pergelangan tangan & bawah kaki saja ^_^

Di pergelangan tangan & telapak tangan

Sangat menyerlahkan, first day akan gelap sedikit next day warna terus merah mak ngah

Hubby pakai inai tumbuk dari Lynda, dah dua bulan merah sampai hari ini

Oke sangat puas hati, recommended!

IKLAN KEJAP :
IEDAURORA TOUCH NEW PRODUK
BABY TAG


SCALLOP THANK YOU TAGS - TQ FIZA