Friday, April 27, 2012

diy design - kad kahwin dah siap

Hi sayang!

Yeayy happy sangat my wedding kad dah siap yaww! Ambil masa dua hari saja, yee laa sebab sendiri design & printed. The konsep cuma white & simple. Ieda dah pun bagi pada mama di kulim untuk edaran ke  saudara-mara tercinta. Kalau sudi datang atau nak tengok hasil kerja ieda tinggalkan email di ruang comment  dibawah. Semua B2B tercomel dijemput hadir.

Majlis di Kulim suma sederhana saja, itu permintaan ieda pada mama. Biarlah sederhana kerana arwah papa baru meninggal 2 tahun lepas rasa rindu masih tebal. Ketiadaan arwah memang sangat-sangat terasa sekarang nie, lagi la bila sibuk dengan persiapan. Cemburu bila tengok B2B lain yang dibantu ayah tersayang :(

Front view

Back view

Inner view


IEDA & FAAN
Memadu pertemuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci pada :
SABTU, 9 JUN 2012
Bertempat di :
 KULIM KEDAH

Monday, April 16, 2012

diy design - TQ scallop tag for reception & solemnization

Hi semua...

Ieda baru saja selesai punch scallop TQ tag yang berbukit nie, naik lenguh tangan dehh. Design & printed by my self. Niat di hati nak guna untuk DIY doorgift kotak & paper bag. Mungkin dengan tambahan riben comel.

Oh ya,sebelum ini ieda memang ada ambil tempahan TQ tag nie cuma belum lagi buka secara online. Setakat nie cuma terima order dari rakan-rakan terdekat saja. Kadang-kadag I sponsor saja kengkawan atau saudara mara yang nak buat apa-apa majlis. Sebagai Senior Graphic Designer memang I sangat busy, jadi ini cuma aktiviti hujung minggu saja...


Reception TQ tag



Solemnization TQ tag

UPDATE
Jika ingin membuat tempahan, sila rujuk senarai harga disini :

Product Details
SCALLOP THANK YOU TAGS

1. Dimension (scallop shape) : 2 inch x 2 inch
2. Material : Art card (Glossy) or Ivory card (Texture) 230gsm 
3. Color : Full color Laserjet Print (high quality)
4. Price per pieces :
- RM0.50 for 50 pieces
- RM0.45 for 100 - 199 pieces
- RM0.40 for 200 - 499 pieces
- RM0.35 for 500 - 999 pieces
- RM0.30 for 1000 ++ pieces

5. Full payment upon order confirmation
6. Can request your our own design konsep & color yipiiee! send me your color palette.

P/S sila buat tempahan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum majlis anda yee guys...

for enquiry email me at 
ieda_aurora@yahoo.com

isyallah i will reply it as soon as posibble, next entry ieda akan tunjuk idea how to DIY this tag, so easy & budget yaww...

Sunday, April 8, 2012

diy bilik pengantin idea - si ikan kecil

Salam semua...

First idea in mind untuk DIY my bilik pengantin, boleh gunakan ikan guppy atau ikan laga. Mesti comel bila si ikan kecil berenang-renang dalam pasu tu ^_^

photo taken from Opaqstudio fb pages

Next decoration untuk katil pula. I just buy this dark purple rose pillow only RM19.00 each at UFO Plaza Angsana JB. Masih hunting cadar yang berkenan di hati. Help banyak lagi belum prepare sebenarnya!