Tuesday, January 24, 2012

Pameran pengantin - Gala Seri Pesona Ratu Sehari 2012

Good news all B2B terutamanya dari JB, jom kita sama-sama ke Gala Seri Pesona Ratu Sehari. Pada 27 Januari 2012 hingga 7 Februari 2012 . Pameran butik dan busana perkahwinan adalah berkonsepkan Zen Floral Fantasy. Tempatnya di Plaza Angsana Johor Bahru bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Masuk PERCUMA ke korang!!  




Monday, January 23, 2012

langsir ohh langsir!

Hi pembaca sekalian!

Kalau nak borong langsir mana lagi jom kita ke Nilai 3! Heaven untuk bakal pengantin dan ibu-ibu. Tapi  hari nie terpaksa tutup mata dulu bila tengok barang pengantin, tujuan utama ke sini nak cari langsing yee.

Sampai je mula tension, banyak sangat kain langsir yang cantik dan murah. Terus call mama and kakak mintak tips membeli langsir, lepas survey kedai-kedai kat situ dapat juga yang berkenan dihati coraknya simple dan tersangat la murah, warna putih dan sedikit motif ranting coklat, luv it!

Sesudah tu tunggu satu jam untuk proses jahitan. Korang kene bagi saiz dan jumlah window kat rumah korang. Sebelum ke sini ukur dulu & kira yee. Sambil tu boleh jejalan kat Nilai 3.

Lega dah berjaya membeli langsir yang molek untuk majlis perkahwinanku nanti. Kain tak nak tunjuk biar suprise la konon.

Sediakan tisu & big sunglases yee, kat sini teramat panas berpeluh ketiak hu..hu..

 Pusing-pusing dulu survey puas-puas

Ieda beli langsing kat kedai kain Sri Bintang, servis tiptop & boleh tawar menawar dengan kejam

Seronokkan dapat gi shopping dengan yang tersayang