Thursday, August 9, 2012

review - henna / inai

Happy 1 month aniversary ieda & faan. We celebrate dekat rumah baru yang kosong je

Selamat berpuasa korang!

Key la nak sambung review wedding. Kali ini pasal my henna/inai di utara. Pada mulanya I agak frust masa survey henna artist area Kedah & Penang sebab tak banyak pilihan pun. Tetiba terpandang design henna/inai di FB my friend Lynda. Jadi terus booking dengan Lynda, si dia juga merangkap ex-classmate masa di Sekolah Menengah Dato' Onn, Butterworth dulu. 

Selepas survey pakej dari Lynda memang agak berpatutan dari henna artist yang lain. Contoh Design yang ada pun sangat marvelos! Jadi Ieda book pakej ukiran penuh kaki & tangan. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan sebab Pakej Kengkawan. Sehari sebelum majlis Lynda datang ke rumah siap dengan inai berjenis & meja kecik untuk letak laki & tangan semasa melukis. Sory ye disebabkan terlaku leka tengok ukiran dibuat ditambah dengan mulut tak berhenti bersembang I lupa berapa lama masa diambil untuk menyiapkan ukiran di kaki & tangan. Lepas siap dia cuci & make sure kita puas hati.

Hasilnya Ieda sangat puas hati sebab ramai yang cakap cun bangat deh. Untuk hubby Lynda beri 3 jenis inai untuk pakai sendiri juga untuk repair my henna nanti. Lynda cuma pesan jangan main air lama sangat semasa mandi & jangan basuh pinggan untuk henna kekal lama.

For more ask by yourself at her FB : LYNDA HENNA ARTIST

Just sharing jika anda rasa ragu-ragu tentang pemakaian henna/inai ini, kerna adalah tidak haram bagi pengantin perempuan dan lelaki. Sila jangan pandai-pandai buat hukuman sendiri dan sebarkan benda yang tidak betul. Kesian pada henna artist, rasanya diorang pun tak tergamak bagi anak makan benda haram kan...


Full view di kaki & tangan

Tapi lepas pakai my wedding dress nampak area pergelangan tangan & bawah kaki saja ^_^

Di pergelangan tangan & telapak tangan

Sangat menyerlahkan, first day akan gelap sedikit next day warna terus merah mak ngah

Hubby pakai inai tumbuk dari Lynda, dah dua bulan merah sampai hari ini

Oke sangat puas hati, recommended!

IKLAN KEJAP :
IEDAURORA TOUCH NEW PRODUK
BABY TAG


SCALLOP THANK YOU TAGS - TQ FIZA

4 comments:

  1. cantik u. henna hitam ke ni? sbb dia mcm hitam kan. so nice

    pasal hukum henna tu i pun dulu kene. sakit hati. pandai2 je jatuhkan hukum ckp dilaknat tuhan la apala. sengall

    ReplyDelete
  2. meletop inainye..cantik ukirannye..

    ReplyDelete
  3. Cantik design henna u :))

    I punya henna jadi comot sebab i TAK reti duduk diam :((

    ReplyDelete