Sunday, August 26, 2012

apa sebenar penyakitku - part 1

Berakhirlah sebulan mimpi ngeri di dewan bedah, syukur dah semakin sihat & bahagia dengan suami tersayang, thanx you so much pada mereka yg mendoakan kesihatan ieda ^_^

Im ready untuk majlis menyambut menantu 15hb nie nie jb pula tralala

Coretan ini adalah sebagai kenangan untuk diriku. Juga tanda ingatan pada mereka yang banyak membantu & menemani di saat ku terjatuh dulu. Aku ingin kongsikan keadaan penyakit nie hopefully dapat membantu wanita lain pula. 

Peristiwa sebulan sebelum my wedding day, 8 jun 2012
Hari itu aku demam panas. Jadi terus ke Poliklinik Penawar dekat dengan rumah berseorangan atas desakan Faan tunangku ketika itu. Si dia outstation seminggu di Klang. Hopefully dapat lah MC untuk aku berehat secukupnya di rumah. Aku masuk bilik doctor untuk chekup demam & dapat MC dua hari. Sebelum keluar aku tergerak untuk bertanya doctor tentang sakit belakang yang dah setahun aku hidapi. Dalam fikiran ku ketika itu mungkin kerana terlalu banyak duduk di depan komputer. Kerja aku memerlukan aku sentiasa berkreatif dengan Adobe Ilustrator & Photoshop. Makan tidur depan komputer dah biasa. Doctor Adibah membuat pemeriksaan di bahagian belakang & perut. Setelah perutku ditekan berulang kali, die bertanya samaada aku sudah berkahwin atau belum. Errrr kalau belum kenapa doctor? lagi sebulan je saya nak menikah. Dr Adibah terangkan yang perut aku keras & riak muka nya agak serius. Ketika ini aku blur...

Dr Adibah minta aku baring untuk buat ujian utrasound. Ujian nie sama seperti ibu mengandung untuk lihat bayi dalam perut. Sebelum scan dia lumurkan cecair berlendir & sejuk di kawasan perut. Dari scan  Dr. Adibah juga nampak blur pasa mulanya. Aku lagi la blur. Melalu tv scan tu Dr Adiba terangkan yang ada sesuatu dalam perut tapi tak dapat pastikan samaada benda tu sis atau sebaliknya. Memang aku nampak macam ada ketumbuhan yang agak besar. Pada mulanya Dr Adiba suspek aku mengandung sebab perut keras bila ditekan tadi. Yang pasti aku tidak mengandung tapi ada ketumbuhan di dalam perut yang bersaiz 9cm x 8cm. Patut la perutku agak buncit sedikit katanya. Dr. Adibah berikan aku surat untuk buat rawatan susulan di HSA JB kerana perlukan pemeriksaan dari Doktor pakar sakit puan. Surat & hasil ujian utrasound tadi diberi padaku katanya sila ke hospital secepat mungkin. Oke aku steady lagi sebab blur, memang blur. Apapun terima kasih Dr Adibah dari Poliklinik Penawar Taman Tun Aminah kerana mengesan penyakitku dari awal.... 

Balik rumah aku belek-belek surat tu. Aku nie mimpi ke, aku nie sakit apa sebenarnya? dahla sebulan lagi my wedding. Apa nak buat nie, oke kena bincang dengan fiance dulu. Aku call & terangkan pada Faan tapi si dia outstation di klang selama seminggu. Jadi tak dapat la nak bawak aku ke hospital. Aku dah nangis nak rak sebab risau, at the same time takut nak bagitau family di Kulim lagi. Takut pula mama risau, lagipun aku tak pasti apa penyakitku nie. Call bakal MIL pula & terang kan semuanya. MIL terus ambil aku di rumah sewa, esoknya juga kami ke HSA untuk buat pemeriksaan lanjut. Di sana MIL sentiasa menemaniku sepanjang masa & memberi kata-kata semangat buatku. Jujur aku katakan agak penat bila terpaksa buat pelbagai pemeriksaan. Tapi di Hospital kerajaan nie macam biasa untuk fully chekup dengan pakar aku terpaksa menunggu giliran sehingga dua bulan. Lamanya macamana kalau penyakit nie bahaya? Lagi sekali aku menangis tewas. Tapi MIL tenangkan jiwaku dengan sifat penyabarnya, yaa Allah aku bersyukur punya dua ibu yang penyabar & penyayang. Balik kami berdua makan di restoran Sedap Corney & berbincang saamaada perlu ke aku buat chekup di hospital swasta pula...

Tunggu sambungan part 2 yee, agak mengerikan kot.....

Salam Aldilfitri dari me & hubby

8 comments:

  1. cepat u nak baca. i mcm risau je baca. u time period senggugut teruk tak? i teruk tu i rusau nak baca entry u ni :/

    ReplyDelete
  2. Seterusnya..??now u dah okay kan, jaga diri okay :))

    ReplyDelete
  3. huhuh u sakit apa ieda?nanti story tau....

    ReplyDelete
  4. sabar la ye...papepom, semoga cepat sembuh & makin sihat ye..:)

    ReplyDelete
  5. semoga ieda sihat hendaknya...xsbar nk tau citer selanjutnya...risau juga ek sakit2 ni....kn cepat2 p rawatan awal kan....

    ReplyDelete
  6. ieda sakit ape..
    risau pulak dengar...
    hope everyhtings fine dear...

    ReplyDelete
  7. ieda tak sihat ke...?
    cepat continue part 2..

    ReplyDelete
  8. sakit apa dear? I hope u dah sihat sekarang. Take good care of yourself okay. Jgn stress & letih2 sgt.

    Btw dear,

    Tolong sy vote utk contest ini boleh? Kalau ada rezeki, kami boleh dpt tajaan photographer utk majlis sambut menantu di Johor nanti, InsyAllah.

    1. Like this page https://www.facebook.com/pages/Ezywedstudio-Wedding-Photography/183895268350923

    2. Like this picture https://www.facebook.com/photo.php?fbid=372191932854588&set=a.372191876187927.86845.183895268350923&type=1&relevant_count=1

    Thank you! :)

    ReplyDelete