Thursday, June 30, 2011

the future of journalism is blogging.



“For me, the future of journalism is blogging.”
Mary Jo Foley

Ieda nak simpan sebanyak mungkin memori indah & share dengan korang semua, tu tujuan I berblog, mungkin satu hari nanti anak cucu kita dapat baca kisah nenek & atuk diorang yang osem nie, thanx you pada korang yang selalu support, korang hebat!

Kenapa ada saja lalat yang tak puas hati tengok kita happy? bila I halau lagi dia duk terbang dekat, please respect my life...

Wednesday, June 29, 2011

Langkawi - Pulau Dayang Bunting

Pakej yang I ambil ke tiga tempat gorges nie Pulau Dayang Bunting, feeding the eagle & Pulau Beras Basah cuma RM25 aje seorang, booking dengan beachboy kat Pantai Chenang. Normal price dalam RM35 kot. Total perjalalan dalam 4 jam. Mula-mula kita layan Pulau Dayang Bunting dulu, oke nie lagenda pulau nie...
Tasik Dayang Bunting pada asalnya terdapat seorang perempuan dari kayangan, Putri Dayang Sari turun ke Bumi dan berkahwin dengan orang Bumi. Semasa di Bumi, dia tinggal di tasik dan mengandung. Kemudian dia mati ketika melahirkan anak dan bersemadi di tasik ini. Suaminya kemudian bersumpah bahawa setiap perempuan yang tidak dapat mendapat zuriat bolehlah mandi di dalam tasik ini...

Perjalanan menaiki bot kecik ye alar macam naik roller coster je T_T

Camni la bot tu semua kena pakai safety jaket, jom rempittt pakcik!

On the way, pakcik drebar bot stop suruh tengok pulau nie dari tepi
nampak tak muka, nasi lemak, perot boyot tapi kaki tak dapat snap pulak

Baru turun jetty, cantek gila view


Haaa dah sampai, oke teruskan berjalan kaki ke Tasik Dayang Bunting kamon!


Sila tengok map untuk perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, pakai tshirt dah ye berpeluh jugak la nak sampai

Jaga-jaga banyak polis trafic yang jahat, pakcik drebar bot dah pesan siap-siap simpan barang plastic dalam beg sebab monyet nie suka mencuri, siap ada signboard 'be careful monkey attack', dah la banyak gila!

Jom ramai-ramai rendam kaki, ada ikan menjilat manja kakiku


Eh ade bratt pitt!


Kalau nak mandi pun boleh tapi tak bawak baju bagai, my niece je mandi kat kolam budak-budak, air sejuk sungguh best!


Nak naik kayung-kayung pun ada, maleh dah naik kat putrajaya haritu, yang takda zuriat boleh la mandi kat cinie, bukan percaya tapi kita berusaha, yang pastinya zuriat dapat atau tak adalah rezeki daripada Allah swt.
to be continue.....




Tuesday, June 28, 2011

wordless wednesday

Monday, June 27, 2011

new hair cut.. tolong yang mane oke?

My hair macam dah panjang sangat la mula rasa rimas & rambut gugur. Perlukan pendapat korang yang sangat hebat tu sekarang! yang mana sesuai ngan muka I yang bulat & kecik nie. Tengok la gambar lama my hair dulu-dulu sila pilih yang mana paling sesuai untuk my next hair cut akan datang.... thanx for helping ye korang! muaahhh....

A - Tak payah la potong ingat senang nak panjang cenginie, boleh buat ponytail!

B - Try la buat curl plak! no way malas nak jaga segala bagai!

C - Touch-up la sikit-sikit tapi depan biar panjang, huh buget ayu !

D - Depan pendek, comel la kononI

E - Paras bahu la, kamon!

F - Kasi potong pendek ala boyish je , senang!

Saturday, June 25, 2011

Langkawi - cable car & jambatan gantung

Lokasinya dekat Gunung Machincang, terbaik untuk view langkawi sampai boleh nampak negara Thailand dari puncak gunung nie. Kalau dah sampai puncak kena la pegi jambatan gantungkan (curve hanging bridge). Oke korang layan la gambar ieda kat cinie...


cable car view, on da way boleh nampak air terjun Telaga Tujuh

dalam cable car, agak seram weh boleh naik 6 orang aje

teropong our resort at Pantai Cenang dari puncak

view jambatan gantung Langkawi

jambatan gantung yang asik bergoyang je cuak jugak

View dari atas jambatan gantung so green

tangga ke jambatan gantung agak jauh penat mendaki


feeding the duck & fish

panda farm oppps rabbit farm la

Friday, June 24, 2011

Bang , jom g jalan jalan


Khas untuk blogwalking jer.. kalau korang nak join, kelik CINIE

Langkawi - resort di Pantai Cenang

Pasal kereta sewa jangan risau sebab banyak kot kat area jetty nie, lucky we ada kenalan dapat la kereta yang murah cuma RM120 sehari untuk Nissan Serena. Cukup selesa untuk kami sefamily, semua 8 orang termasuk baby Alya ! Dengan bantutan GPS terus ke Pantai Cenang cari chalet...

Pantai Cenang nie dah macam bali happening betul! Cuma makanan kat cini kureng sikit & mahal mengila sebab tempat tourist, pantai pun happening dengan jetski, banana bot & other water sport, free show bikini bikina pun ada yang nie tak elok untuk mata oke hu..hu...


we stay at Lagguna Baron Resort betul-betul tepi pantai, ala-ala kampung terbaek!

teh ais pun fail macam letak susu satu tin

jalan-jalan malam shoping kain pantai warna warni

Thursday, June 23, 2011

Langkawi - bot dari penang ke langkawi!

Hi everybody! Ieda baru je balik dari langkawi bercuti dengan fiance & my family. Jadi nak share la trip 4 hari 3 malam kat sana dengan korang semua. Kami naik bot dari penang je. Tempat paking untuk kereta di area padang kota, lebih safety sebab dijaga 24 jam siap ada anjing bulldog oke kat situ. Harga tiket RM60 dewasa & RM25 kanak-kanak.

Bot tu selesa jugak ada siap toilet & tv. If rasa bontot dah leper duduk je kan boleh ronda-ronda dalam bot tu atau keluar amik angin kat atas, view pun gila cun dengan angin yang agak sepoi-sepoi. Total perjalanan dalam 3 jam sebab laut bergelora, penat jugak la terhuyung hayang last-last tertido....

ieda & faan dalam bot, muka dah toya penat beb 3 jam tu

my niece alya excited tak reti diam

ramai pelancong & pak arab je dalam bot nie

yeayy dah sampai! langkawi jetty view


nie lah bot coral tu tak besar tak kecik

Wednesday, June 8, 2011

help.. ape yang best kat langkawi!

Yeayy mood berbunga-bunga! minggu depan I, my fiance & my family mahu bercanda di langkawi, walaupun my hometown kat penang ja tapi tak pernah pergi pun, tak sabar nak borong cokolat ferrero rocher & mingak gamat banyak-banyak, sekarang tengah survey tempat yang best kat langkawi any suggestion guys?


bau bunga kecik nie tak best pun :(

wajid tangkap gambar kat burung helang nie

Tuesday, June 7, 2011

I am Afrayuri.com giveaway winners!

Ieda & few lucky gurgurl dapat Garnier Body NutriRepair from her yeayyy!
Thanx you beautiful Alfayuri...

Langkawi - Beras Terbakar & Lagenda Mahsuri

Yuuhuu korang big sory buzy sikit la nanti ieda balas kunjungan korang ke blog ni ye. Oke kalau ke Langkawi wajib pergi ke dua tempat nie Kota Mahsuri & Padang Mat Sirat. Mesti ramai yang dah pernah singgah sini kan. Meh amik tau sikit sejarah dua tempat osem nie, sila baca dengan semangat...
MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.

PADANG MAT SIRAT DAN BERAS TERBAKAR
Padang Mat Sirat terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Selepas kematian Mahsuri, Langkawi telah diserang oleh Angkatan Tentera Siam. Rakyat tempatan telah membakar semua beras sebagai bekalan utama makanan bagi menghalang tentera Siam mendapat bekalan makanan untuk mereka. Diceritakan, mereka telah menanam beras tersebut didalam tanah sedalam 1 meter dan kesan beras terbakar tersebut masih lagi boleh dilihat hingga sekarang, lebih-lebih lagi selepas hujan. Tempat dimana beras terbakar itu dapat dilihat dinamakan Beras Terbakar dimana kebanyakan orang percaya boleh mengubat beberapa jenis penyakit.
Beautiful Mahsuri!

Ugly me!


Kubur, telaga & rumah masih ada sampai sekarang, memang teruja dapat sampai sini


Rumah Mahsuri yang antik macam rumah tokwan ieda dulu-dulu


Kawasan Beras Terbakar dah kene pagar laa, tapi shoping kain balik kat sini murah gila, sempat borong untuk family in law

Monday, June 6, 2011

contest kaki paling comel



Oke I join contest blogger kawaai Ailyl Rozanna, kasut kamu dalam pica tu memang maveles! ohh aily johorian laa boleh ajak makan ABC kat bomba hu..hu.. kiddin! sape nak join sila kelik CINIE untuk syarat-syaratnya...

Kasut high heels CarloRino nie yang paling ieda sayang sebab nie hantaran mr sepet bagi masa tunang dulu, kaki pun kecik ja saiz 5...


Oke nak tag

Sunday, June 5, 2011

my niece alya nadirah so adorable!

Ini la my niece kesayangan baby alya nadirah yang comey & manja now dia dah 1 year old, Ieda suka sangat cium baby sebab bau wangi semulajadi tak perlu pakai perfume pun hu..hu.. mama cakap bau baby bau syurga...


tengok tu sempat die ejek pulak

comelnya dia tido

Saturday, June 4, 2011

simple centerpieces for wedding

Oke dah lama tak buat entry persiapan my wedding day, jadi harinie operasi mencari centerpiece yang sangat simple so I boleh buat sendiri nanti, tema my wedding adalah pink pastel, green lime & white, cari punya cari dah jumpa yang I berkenan semua comel-comel...



candle centerpiece


beach centerpiece

fresh flower bouquet centerpiece

flower vase centerpiece

tradisional rose centerpiece

mix flower centerpiece

mix two color centerpiece

box and flower centerpiece

orchid centerpiece


flower bouquet and fruit centerpiece
potpuri centerpiece


fruit centerpiece (ha..ha.. gila ke)