Monday, December 19, 2011

prosedur permohonan kebenaran berkahwin - mykad baru


Hi kesayangan!

Enam bulan sebelum nikah kena la tukar mykad dulu. Eh kenape kena tukar ye? 

Masalahnya alamat dalam mykad lama tu di Butterworth Penang, sekarang dah menetap di Kulim Kedah. Perancangan my nikah ceremony akan diadakan di Masjid area berdekatan rumah saja di Kulim. Untuk memudahkan urusan pernikahan mama suruh tukar saja mykad baru beralamat Kulim. Now done, lega...

Baru sekarang tau urusan renew mykad nie makan masa sehari dua je, cepat sungguh! 


Me & fiance insyallah 6 bulan lagi akan bersatu! 

Untuk rujukan B2B berikut adelah prosedur permohonan kebenaran berkahwin

Kategori 1
Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama.
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
  2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
  3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki).
  4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
  5. Pihak perempuan akan mengisi borang.
  6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
  7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
  8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
  9. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
  10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

Kategori 2
Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri Sembilan)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
  2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
  3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan (lelaki)
  4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda.(lelaki).
  5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
  6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
  7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
  8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
  9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
  10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
  11. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

Kategori 3
Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain. 
(Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
  2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
  3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan (lelaki).
  4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
  5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
  6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
  7. Kenal pasti wali pihak perempuan dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
  8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
  9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
  10. Hantarkan borang Permohonan perempuan ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
  11. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
  12. Isi borang di Pejabat Agama Negeri di mana majlis pernikahan akan dilangsungkan dan lampirkan Kebenaran Nikah Luar Negeri lelaki dan perempuan. Mohon Kebenaran perkahwinan.
  13. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

Kategori 4
Berkahwin dengan warga asing.
  1. Sila Hubungi kedutaan pihak berkaitan untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan.
  2. Hubungi juga pihak imigresen untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan.
  3. Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah di mana wanita tersebut bermastautin.
  4. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :
  • Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon.
  • Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
  • Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan).
  • Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami).
  • Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir).
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

PENTING!
Jangan berlengah-lengah untuk membuat Permohonan berkahwin. Isikan borang dan dokumen lampiran 6-3 bulan sebelum hari pernikahan. Masa yang sesuai untuk membuat Permohonan di
Pejabat Agama adalah 3 bulan sebelum hari pernikahan.

9 comments:

  1. selamat membuat persiapan dear....=D

    ReplyDelete
  2. tq 4 d info =)

    do come, visit & be our follower at http://blurplediary.blogspot.com/

    do keep in touch =)

    ReplyDelete
  3. bila nak nikah ida...ehehe... skrg ida duduk kulim ekk..pakcik akak ade duk kulim kat kg keladi. Adik dgn abg pon dekat situ gak. Tp, abg kat BM-mengkuang. Adik kat perda...tp sewa rumah antara kulim dgn mengkuang gak...tak lame lagi..umah die dah siap...pindah kulim gak laa...tp akak jrg gi belah sane..salu balik baling je.. ehehe

    ReplyDelete
  4. thanx 4 da info dear.
    salam perkenalan. :)
    http://nurulainlatif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. wah kak mia dtg je terus menyaksikan detik persiapan nk kahwin ida ye....pergh cpt tul ms berlalu...smeoga dipermdhkan ya

    sila save my new blog k...hrp ukhuwah kekal

    http://adin-mia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. dah lama tak datang blog ieda..
    ieda bila nak nikah?
    selamat membuat persiapan ye...

    ReplyDelete
  7. dats mean ain pun kene ikut prosedure nie jugak la ye soon..hehe..thanz for your sharing =)

    ReplyDelete
  8. dats mean ain pun kene ikut prosedure nie jugak la ye soon..hehe..thanz for your sharing =)

    ReplyDelete
  9. ouch !

    Kite dah follow awaaaakkkk !!
    jom follow kite balik jom .
    ceritabakalpengantin.blogspot.com
    ^___^

    ReplyDelete