Wednesday, July 13, 2011

tips - mengubati gigitan lipan

Hari sabtu yang indah minggu lepas peha gebu ieda digigit lipan. Nasib baik la baru baby lipan kecik je tapi sakit gila mencucuk, bisa sungguh binatang kaki banyak nie. Disebabkan sakit & risau terus google cara nak ubati gigitan lipan nie, banyak juga petua nenek moyang yang I jumpa, tapi memandangkan macam susah nak buat (malas sebenarnya) ieda cuma sapu minyak gamat asli langkawi. Berkesan la weh! bisa & sakit pun hilang mungkin kena lipan kecik je kan, tapi nak share jugak petua yang ieda jumpa nie mungkin berguna untuk korang kan...
  1. Mula-mula, anda ambil segelas air putih dan campurkannya dengan sebuku garam jantan (garam kasar). Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali. Akhir sekali, berilah mangsa yang terkena gigitan binatang berbisa tu minum air garam tadi.
  2. Ambil sedikit cuka dan garam dam campurkan kedua duanya hingga sebati. Selepas itu gunakan bahan tersebut untuk disapu atau direndam pada tempat yang terkena gigitan. Insya Allah bengkak dan sakit akan beransur pulih.
  3. Ambil beberapa biji lada putih. Kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan. InsyaAllah bisa gigitan lipan semakin berkurang.
  4. Titiskan 2 - 3 titis getah keladi yang sudah tua di atas tempat yang disengat. Lebih baik jika tidak membiarkan titisan tadi meleleh ke tempat lain. Baca selawat 3, 5 atau 7 kali dan kesat dengan kain buruk yang bersih. Ulang sebanyak tiga kali. Insyaallah kesan sengat penyengat, lipan atau tabuan akan tawar.
  5. Dapatkan lipan yang menggigit itu dibunuh dan dibakar kemudian ambil abunya disapu.
  6. Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang kesan kesan gigitan lipan.
  7. Air masak (air mati) hendaklah diminum sebanyak mungkin. Sementara itu bawang putih hendaklah dihiris halus. Campurkan sedikit garam dan minyak masak. Kacau biar sebati. Kemudian sapukan adunan ini pada bahagian yang terkena gigitan.
  8. Tumbuk beberapa butir biji asam jawa sehingga halus. Basahkan sedikit seperti hendak memakai bedak sejuk. Kemudian tempelkan pada bahagian yang terkena gigitan. Beberapa saat berikutnya rasa sakit akan segera hilang.



21 comments:

  1. eee ema mmg fobia dgn lipan :( arytu masa pegi toilet, tetibe je ad lipan muncul. ee anjat T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menatang tu patuk emaa ke x

      Delete
  2. Kat kampung .. panggil Lipan bara. Sebab warnanya merah. Kalau gigit. Memang berbisa.

    http://www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  3. hah kene gigit lipan..huhu tatotnyee.... nasib u da ok..huhu

    ReplyDelete
  4. good info...pas ni dah tahu mcm mana nak buat bila lipan tu mengigit kitakn...:)

    ReplyDelete
  5. x pernah kena lg..tp good tips ni..kot2x ter kena

    ReplyDelete
  6. ema : ieda pun menci lipan, dah pijak2 lipan tu sampai penyek hu..hu..

    anastasyea : lipan bara tu paling danger kot...

    renee : I takut juga igt nak g klinik tp dah ok ^_^

    maszull : hopefully dapat membantu...

    mia : cakit tau kak mia, tak nak dah kene lg...

    ReplyDelete
  7. haduihhhhhhh sakit...makcik besa kena mase tecik2 dulu..siyer sakit..ghupa cam gambar yang ieda letak tu la..,.memang sakit tak reti nak kata...sampai la ni makcik fobia jenis haiwan berbisa..tgk dari jauh pon dah boleh bertempik teriak sambil lari pecut..huhu..

    ReplyDelete
  8. bhy jgk klu kena gigit lipan ni..ni bahaya lagi kena gigit ular kan..abah pun ada kongsi cara yang perlu diambil jika digigit ular..

    ReplyDelete
  9. byk cara..teringat masa mak kena gigit lipan..menangis2 ktorg nie hah...

    ReplyDelete
  10. leez : sakitkan mencucuk, ieda tak sempat tengok jenis ape terus pijak sampai hancur hu..hu..

    abah khalisya : mmg perlu tau kan, bila dah kena baru kalut dok cari petua...

    zura : kalau boleh elakkan terkene la...

    ReplyDelete
  11. adoiii mesti sakit kan ieda..plg tkt lipan ni....

    ReplyDelete
  12. Andu cian sya da bnyk x kna geget,bukak g0ogle cr petua,skg da membengkak pahe ne..alolo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la mase kene takot sangatkan sibok google sana sini

      Delete
  13. Terbaik,bru lepas kene ni kt peha kiri...mmg crik terus lipan tuh kasi bunuh kaw2.pnjg dlm 3 4 inci.ngeri jugak laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee geram sangat ieda pun pijak sampai hancusss ki..ki..

      Delete
  14. Kalau digigit baby lipan yang 2-3cm masih ok ke?

    ReplyDelete
  15. Xley bla kne kt punggong...adoii

    ReplyDelete
  16. Memang bisa sgt2.. Pukul 4pgi kena sengat lipan.. Bisa bisa.. Letak minyak pnas pun bisa gak..

    ReplyDelete
  17. Baru lepas kena sengat lipan bara td bisa dan sakit teramat sgt....dah g hospital kena injection

    ReplyDelete