Tuesday, July 5, 2011

Nuffnang help!

Seriusly I memang jahil pasal earning nuffnang nie, ieda berblog pun sebab suka share sumting dengan korang, tapi bila chek ada je duit masuk mula la nak amik tau gedik-gedik nak tanya kan. Setakat nie I cuma google & baca dari infomasi kawan-kawan blogger. Rasanya dah faham kot, tapi sapa-sapa ada infomasi pasal nuffnang kat blog korang sila la tinggal link kat comment tau!

Oke ieda ada hantar tiket kat NUFFNANG tanye pasal apekah BE yang hebat nie... rasanya dah paham laa dari jawapan pihak nuffnang nie...


Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

11 comments:

  1. amboi..pnjg lebar pnerangan nuffnang

    ReplyDelete
  2. soly : itu le pasal, kene bace kalo tak faham lg tau la hu..hu..

    ReplyDelete
  3. I punye akaun nuffnang br 75 sen. dah berminggu2 gitu je.. haha

    ReplyDelete
  4. Ye betul tu Ieda..
    Apapun kalau nak dapatkan BE, kena mantain UV setiap hari at least 50++ :)

    ReplyDelete
  5. ooh.. patutlah selama ni tak pernah dapat BE.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. kasut pink : kene usaha lg sampai dpt BE la ^_^

    myra : tu la duk tgk blog myra best jek dpt BE byk2...

    hanna : nak dapat BE kene la ikot ckp cik nuffnang kat atas kan, byk jugak syaratnye...

    ReplyDelete
  7. jawapan yang baik dr nuffnang :)


    Saya pakai domain baru dan nak buat bloglist jom join ramai2
    saya hilang bloglist sebelum nie...
    Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam

    ReplyDelete
  8. ida dh dpt BE ke? akak pon xreti sgt nuffnang nih camne. tp bila nmpk earning cam sronok plk. pksa husband sdri klik adevert. ahahha. sbb die pemba setia

    ReplyDelete
  9. ijam : oke nanti sure I will join!

    nurul : camtu hubby akak kene kelik sehari 10 kali la baru dapat earning kot hu..hu...

    ReplyDelete
  10. hehehe/eka dah dpt bE dah..cuba tips eka lak

    http://ekahafizy.blogspot.com/2011/07/ehnak-be-banyak-tak.html

    ReplyDelete
  11. goooood tips ika... thanx gurl!

    ReplyDelete