Tuesday, June 7, 2011

Langkawi - Beras Terbakar & Lagenda Mahsuri

Yuuhuu korang big sory buzy sikit la nanti ieda balas kunjungan korang ke blog ni ye. Oke kalau ke Langkawi wajib pergi ke dua tempat nie Kota Mahsuri & Padang Mat Sirat. Mesti ramai yang dah pernah singgah sini kan. Meh amik tau sikit sejarah dua tempat osem nie, sila baca dengan semangat...
MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.

PADANG MAT SIRAT DAN BERAS TERBAKAR
Padang Mat Sirat terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Selepas kematian Mahsuri, Langkawi telah diserang oleh Angkatan Tentera Siam. Rakyat tempatan telah membakar semua beras sebagai bekalan utama makanan bagi menghalang tentera Siam mendapat bekalan makanan untuk mereka. Diceritakan, mereka telah menanam beras tersebut didalam tanah sedalam 1 meter dan kesan beras terbakar tersebut masih lagi boleh dilihat hingga sekarang, lebih-lebih lagi selepas hujan. Tempat dimana beras terbakar itu dapat dilihat dinamakan Beras Terbakar dimana kebanyakan orang percaya boleh mengubat beberapa jenis penyakit.
Beautiful Mahsuri!

Ugly me!


Kubur, telaga & rumah masih ada sampai sekarang, memang teruja dapat sampai sini


Rumah Mahsuri yang antik macam rumah tokwan ieda dulu-dulu


Kawasan Beras Terbakar dah kene pagar laa, tapi shoping kain balik kat sini murah gila, sempat borong untuk family in law

11 comments:

  1. Blogwalking dipagi hari...
    selamat pagi :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak jenjalan kat langkawi :)

    Langkawi memang pulau lagenda yg banyak sejarah :)


    **Myra pun syg Ieda gak, sebab Ieda bukan kenal setakat alam maya je tp kawan alam realiti :)

    ReplyDelete
  3. kak mia pernah smpai kat sini..best2x..siapa shoping lg kat beras terbakar tue.....ala, adik ida pun cantik la..lawa mata tue

    ReplyDelete
  4. lulu : ke blog lulu pula banyak story best2 harinie...

    myra : tu la banyak yang kita tak tau kan, before pergi ingat ada minyak gamat & coklat je hu..h... luv tu to myra!

    kak mia : kain balik lawo2 kan kat sini & murah! cantek ke maceh kak...

    piska : luv to share wif all!

    ReplyDelete
  5. perkampungan tue mmg betul ke kat situ erk..??

    ReplyDelete
  6. zura : mmmg ade kat citu, kesan beras terbakar pun ade...

    ReplyDelete
  7. hey cik iedaurora..
    muka mahsuri n kamu ad iras2x . ehe
    btw kain batik la bukan kain balik. hehehehe

    ReplyDelete
  8. immi : huh, ieda dah mula perasan cun macam mahsuri nie hu..hu.. opps kesilapan akibat excited menaip tanpa spelling chek la tu..

    ReplyDelete
  9. eh cntiknya akak..dah macam mahsuri pulak..hehehe

    ReplyDelete
  10. jangan puji lebih eka, akak nie cepat perasan :P

    ReplyDelete