Saturday, June 4, 2011

nasihat pada adik adinda evans

Petikan dari harian metro & pengakuan adik adindaevans, cepatnya tersebar hebatkan dunia blogging...

KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.
Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.
Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu. Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca. Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal...





Oke mungkin adik nie pernah buat satu kesalahan besar dan rasanya dia dalam kesusahan sekarang akibat dari sikap terlalu terbuka & jujur dengan mendedahkan identitinya dengan bangga, hopefuly ada pihak yang membimbing dan membantu dia kejalan yang betul...

Rasanya zaman budak sekolah sekarang nie makin advance dari kita dulu la, malah ramai sebenarnya seperti adik adindaevan nie cuma takda yang berani berterus terang & jujur je kot, ingat la adik-adik oii perjalanan anda masih jauh jangan buat benda bodoh yang merugikan, Ingat Allah, family & masa depan keh, jangan menyesal kemudian nanti....

0 comments:

Post a Comment